`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 30, 2013

[VIDEO] Anwar Dedahkan Lokasi Rahsia Peti Undi Disorokkan



PKR semalam mendedahkan gambar lokasi rahsia Sungai Chua, Kajang, yang didakwa digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyimpan peti undi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menampilkan dokumen dan sampul undi pos yang diperoleh dari lokasi rahsia itu.

“Dengan bukti-bukti ini, Anwar menggesa SPR menjawab mengapa dan untuk apa undi pos rasmi di simpan di tempat yang mencurigakan dan bukan di ibu pejabat SPR.

“Munasabah sangatkah bangunan seburuk ini menjadi tempat simpanan rasmi rahsia SPR sepertimana yang disebut SPR dan begini kedududukannya kawasan perindustrian, Sg Chua, Kajang.”

Gambar tersebut menunjukkan premis yang menjadi tempat menyorokkan undi pos itu adalah sebuah rumah kedai.

Turut dikesan adalah kereta pacuan empat roda yang dipercayai digunakan untuk mengangkut undi pos tersebut.

Minggu lepas, Anwar mendedahkan bagaimana kereta tersebut tidak ke ibupejabat Putrajaya sebaliknya dilencongkan ke lokasi misteri itu.

“Bagaimana dokumen yang begini rahsia dan penting didapati di sebuah kedai yang tidak didaftar langsung sebagai milik SPR yang kenderaan sepatutnya dibawa ke Putrajaya. ”

Dilaporkan pada Apr 25 bahawa SPR berkata penghantaran logistik seperti peti undi dan peralatan lain adalah bagi memenuhi keperluan pusat pengundian untuk memastikan pelancaran hari pengundian nanti.


Ulasan GB

Itu baru satu. Mungkin terdapat lebih banyak "stor" tidak rasmi SPR di seluruh negara.

GB berharap jika terdapat kes seperti di atas, petugas-petugas PR membuat laporan polis dan dapat menyalurkan maklumat tersebut seberapa segera kepada pimpinan parti supaya ianya dapat didedahkan untuk pengetahuan umum.

Sebarang penyelewengan, penipuan dan ketidak-telusan perlu disekat dan dihalang dan mereka yang terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan.

Kita berdoa kepada Allah supaya segala rancangan penipuan (jika ada) oleh pihak SPR dan agensi-agensi yang terbabit itu gagal dan semua yang terlibat dihukum dengan seadil-adilnya olehNya.

أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
(Bukankah Allah Hakim yang seadil - adilnya)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.