`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 10, 2013

Agenda Politik PAS, Tahaluf Siasi dan Golongan Mat Sabu- Bahagian 1


Kepada saya, bila UMNO ajak PAS supaya berunding untuk kepentingan bangsa, ianya suatu lagi sambungan tipu muslihat UMNO. UMNO bercakap kepada PAS bila keadaan mereka lemah. Ini kita kena ingat dan waspada.

Bila kuat, UMNO akan membuli PAS dan memperlakukan PAS sebagai rakan sampingan dan rakan-kebetulan. Untuk PAS merealisasikan cita2 politik Islam nya ialah bukan dengan UMNO.

PAS berbeza dengan DAP dan kita tahu pendirian DAP terhadap pembentukan negara Islam atau pun perlaksanaan hukum Islam. Adakah itu mahu dijadikan alasan untuk tidak berkerjasama? Jikapun DAP tidak bersetuju dengan wawasan politik PAS, adakah tentangan itu mengurangkan keinginan politik PAS? Kalau ianya mengurangkan, ini bermakna agenda politik PAS ephemeral dan transient. Dalam pembahasaan PAS- tidak istiqomah. 

Lebih baik perjuangan PAS bersifat fluid- seperti air meresapi tahap penerimaan rakyat dengan tekanan atau pressure air yang biasa. Tentangan DAP terhadap cita2 Islam PAS bukan suatu perkiraan yang releven kepada PAS. PAS tetap PAS dan DAP tetap DAP.

Kita semua tahu pendirian peribadi Karpal Singh misalnya. Dan pemimpin UMNO sangat suka mengungkit ungkit cabaran Karpal supaya langkah mayat nya dahulu. Karpal tetap kekal sebagai Karpal. Kita tidak boleh melakukan apa2 untuk unKarpalkan Karpal. Tapi kepada saya ini tidak menjadi masaalah seperti yang mahu digambarkan oleh UMNO dan mungkin mempengaruhi sesetengah penyokomg PAS.

Kepada saya pendirian peribadi Karpal tidak material kepada cita2 politik Islam PAS. Pernahkah kita bayangkan- jika suatu referendum dibuat sama ada rakyat mahukan sebuah negara Islam atau tidak, tiba2 70% dari penduduk negara mahukan negara Islam- apa yang DAP atau Karpal boleh buat untuk menyekat kemahuan rakyat itu?

Kehendak majoriti akan dijadikan panduan berkerajaan dan kehendak golongan 30% tetap mendapat perakuan dan tempat dalam kerajaan majority. Dan kita mesti percaya bahawa referendum tersebut akan hanyamenjadi reality jika sebahagian besar rakyat meyakini perjuangan PAS. Ertinya, mestilah terlebih dahulu PAS sudah melaksanakan agenda islam nya sehingga rakyat sudah sedia meyakini politik PAS. Jika belum yakin, maka agenda PAS belum lagi akan dapat dicapai. Kejayaan agenda politik PAS tidak bergantung kepada sama ada DAP atau UMNO atau PKR atau MCA setuju atau tidak. Bukan begitu?

Dan oleh kerana PAS misalnya beroperasi atas nlai2 keagamaan, golongan minority tidak akan dianiayai dan dipaksa. Jika berlaku penganiayaan dan pemaksaan, PAS- sama ada ianya mengaku mempunyai talian terus dengan Kuasa Tinggi, boleh jamin masuk syurga atau neraka  , akan ditolak oleh rakyat.

KeMelayuan PAS. 

Tanpa bercakap dengan UMNO pun- PAS tetap mengekalkan watak Melayu nya. maka PAS tidak memerlukan UMNO untuk mengesahkan perwatakan Melayu nya. bahkan, PAS boleh menjadi pilihan alternative kepada UMNO sebagai tempat bergantung bangsa Melayu. PAS mesti berkerja untuk mengganti UMNO bukan menyerupai UMNO. 

PAS- Parti Islam SeMalaysia ( Pa Alif Sin) – itu pasal P-A-S,  adalah sebuah rakan penting dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ia mempunyai struktur kepimpinan yang unik. Berbeza dengan parti politik lain, ia mempunyai Dewan Ulama. Seperti nama nya, bahagian kepimpinan ini dianggotai oleh tokoh ulamak yang berpendidikan ugama secara formal. Mereka membentuk dasar dan hala tuju perjuangan PAS sesuai dengan dasar perjuangan sebuah parti yang mahu menegakkan politik Islam. Dalam perkataan mudah, Dewan Ulamak PAS menentukan ‘halal’ dan ‘haram’ politik PAS. 

Dewan Uamak juga berfungsi sebagai memperakui langkah2 stratejik untuk matlamat politik PAS keseluruhan nya. dan salah satu langkah stratejik nya ialah mempunyai  tokoh2 kepimpinan yang berkapasiti mengidentitikan PAS sebagai sebuah parti yang inklusif.

Itu sebab PAS ada tokoh2 seperti Mat Sabu, Dr Zulkifli, Husam Musa, Khalid Samad, Dr Mariah Mahmud, Dr Hatta Ramli, Mahfuz Omar, Sallehudin Ayub dan lain lain lagi. Jangan kita silap, keinginan Islam dalam hati mereka ini tidak kurang dari tokoh2 ulamak dalam parti tersebut- beza nya ialah pendekatan yang mereka ambil dan ketrampilan peribadi. Dan perakuan yang diambil oleh PAS dimana dasar nya dibentuk oleh Dewan Ulamak, ialah menyifatkan langkah  statejik bersama dengan PR sebagai tahaluf siasi yakni kerjasama dengan parti2 politik lain yang berbeza dasar perjuangan mereka.

Sebagai seorang Muslim dalam DAP, kepentingan saya ialah melihat parti Islam ini mengekalkan tahaluf siasinya untuk memperlihatkan bahawa PAS komited kepada menubuhkan sebuah masyarakat dan negara yang inklusif.  Dan dalam komitmen tersebut, jangan kita digelincirkan dengan isiu2 yang membezakan. Kita focus kepada isiu2 yang menyamakan.

Kepada saya, konsentrasi kepada hudud misalnya, tidak adil untuk menilai PAS- hidup mati PAS bukan terletak atas hukum hudud yang digunakan oleh parti lawan untuk menakutkan rakyat. Kepada saya, relevens PAS kepada seluruh umat Islam di Malaysia terletak bukan kepada soal2 teknikal tapi pada keseluruhan flavour politik ynag dibawa mereka. Cukup kepada orang Islam Malaysia , PAS melaksnakan flavour politik Islam. Sebagai contoh, pentadbiran secara Islam yang dilaksanakan di Kelantan lebih ummatan wasatha dari pengsitiharan kosong UMNO. Yang lebih penting ialah dalam interaksi kerajaan dengan rakyat, interaksi tersebut disulami dengan nilai2 Islam dan nilai2 Islam ini dibentuk oleh Dewan Ulamak.

Golongan ynag bukan ada pendidikan Islam secara formal, tapi dari segi pengkhayatan dan cita2 politik nya Islam juga penting kepada PAS sebagai penterjemah falsafah perjuangan PAS. Golongan ini penting dari sudut stratejik untuk PAS menonjolkan diri nya sebagai serasi dengan aliran kebiasaan dalaman negara ini. Cabaran kepada PAS ialah bukan menunjukkan diri nya doctrinaire- keujudan dewan ulamak sudah membuktikan perkara tersebut. Cabaran kepada PAS ialah bagaimana menjadikan diri nya selesa dengan rakyat terbanyak. Dan rakyat selesa dengan perwatakan bersahaja golongan yang disebut sebagai golongan moderates.

Jika PAS membuang golongan penterjemah wawasan politik golongan agamawan, PAS akan kehilangan saliran atau channel menunjangkan parti itu dengan common mainstream. PAS memerlukan golongan ini sebagai saluran komunikasi untuk meletakkan PAS sebagai sebah parti releven dengan citarasa kebiasaan.

Kepada saya, menginginkan suatu gerakan yang formal, theocratic dan doctrinaire sebagai tanda komitmen mengekalkan kesucian agenda Islam adalah lagkah yang merugikan untuk wawasan jangka panjang. Yang lebih penting kepada saya ialah menyerapkan nilai Islam dalam barisan depan yang akan menunjangi PAS dalam fikiran dan hati rakyat.

Dan PAS kena berdepan dan handle reality social- iaitu reality social negara kita ini menginginkan normality dan keserasian. Jika PAS menonjolkan diri sebagai sebuah parti theocratic yang technical, saya khuatir ini akan menjauhkan rakyat yang menganut citarasa normal atau kebiasaan.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.