`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 12, 2013

Agenda Politik Pas, Tahaluf Siasi dan Golongan Mat Sabu (Bahagian 2/3)


Sebagai pemerhati luar tapi yang berkepentingan, saya sukar menerima pelawaan melihat pertandingan pimpinan PAS yang akan datang sebagai pertembungan puak yang pro Anwar dengan puak yang mencurigai Anwar. Agenda PAS bukan ditentukan oleh Anwar Ibrahim.

Suka atau tidak suka Anwar Ibrahim adalah pilihan peribadi. Takkanlah perjuangan PAS sangat mudah ditentukan oleh orang lain?

Yang mencurigai Anwar berfikiran demikian kerana Anwar dikatakan ada kecenderungan Islam liberal. atau semata sangsi kepada Anwar atas apa2 sebab pun. Kalau Anwar ada tendensi liberal( maksud istilah ini tidak menentu) dan ianya bertentangan dengan Islam , sudah tentu ianya ditentang oleh semua dalam PAS –bukan suatu puak sahaja. There is no such thinggolongan liberal dan tidak liberal dalam PAS. Yang saya tahu ada ialah golongan yang berkelulusan pengajian agama Islam dan yang bukan. Sudah tentulah ketrampilan dan pendekatan mereka berbeza atas alasan perbezaaan latar belakang. Matlamat nya tetap sama iaitu agenda PAS.

Untuk mencapai agenda tersebut, langkah PAS mesti melakukan adaptasi stratejik. Kecualilah agenda PAS ialah memulaukan diri untuk perintah sebuah negeri sahaja. Kalau bukan, maka adaptasi nya memerlukan elemen kepimpinan yang menenteramkan dan menyelesakan samaada rakan parti mahupun rakyat terbanyak. Jika ada adopsi pendekatan sebegini, ianya tidak bermakna PAS mengorbankan agenda besar nya yakni menyerapkan politik Islam dalam negara ini.

Inilah timbul nya tahaluf siasi. PAS merasakan perlu berkerjasama dengan gerakan popular rakyat. Jika kerjasama untuk muslihat yang lebih besar bertentangan dengan shariat, maka ianya patut dinilai semula. Tapi tentulah tidak munasabh tahaluf siasi dimusnahkan kerana ada golongan yang berkerjasama dengan Anwar Ibrahim dan ada golongan yang curiga pada Anwar Ibrahim. Kejayaan PAS mendapat hanya 20 kerusi parlimen yang mengakibatkan PAS menjadi parti rakan yang terkecil dalam PR bukan alasan untuk menggegarkan permuafakatan PR. Sebelum bergabung dengan PR pun, PAS tidak tercapai 20 kerusi parlimen pun.

Agenda besar PAS tidak ditentukan oleh Anwar Irahim dan jika Anwar Ibrahim mempunyai pendirian yang anti Islam- puak yang dikatakan liberal dalam PAS juga akan menentang nya. dasar keseluruhan PAS diawasi oleh Dewan Ulama pun yang akan mengekalkan perwatakan agenda PAS.

Suatu hari bila seorang pemidato menyebut istilah Erdogan, dengan secepat kilat akhbar milik UMNO dan sekutunya mempopularkan istilah tersebut. Itulah kerja UMNO- mengadu domba orang lain. Budaya UMNO ialah kalau tak kelahi dengan orang lain, mereka kelahi sesama sendiri. Seperti sekarang- budak2 Najib berkeliaran menjalankan jarum menjatuhkan Muhyidin.

Penggelaran erdogan dan bukan erdogan, ulama dan liberal, semua adalah istilah yang dicipta oleh musuh PAS. Matlamat nya ialah untuk menggambarkan PAS itu berpuak puak. Memang dalam PAS ada perbezaaan pandangan dan pendekatan- tapi tidak ada orang berjuang diluar agenda Islam. JIka golongan yang dikatakan golongan Erdogan menang, adakah mereka memperjuangkan perkara2 yang diluar pemantauan Dewan Ulamak? Jika golongan ulamak menang kepimpinan, adakah mereka berjuang diluar pemantauan badan seliaan PAS itu? Maka saya rasa adalah suatu yang futile untuk membahas pertandingan pimpinan PAS dari perspektif edogan lawan ulamak. Siapa pun menang, agenda Islam tetap lah yang itu juga.

Kita jangan melihat pertandingan antara Dato Nik Amar dengan Mat Sabu sebagai suatu pertandingan seperti yang berlaku dalam UMNO. Dalam UMNO bila berlaku pertandingan, membawa kepada perpecahan sebab matlamat perjuangan dan nilai2 anutan berbeza. Pertandingan UMNO untuk mencari kemenangan mendapatkan kuasa dan melaksanakan agenda peribadi. 

Pertandingan dalam PAS ialah proses mencari pemimpin yang dirasakan terbaik untuk mendepani agenda politik PAS. Dan oleh kerana pesaing2 beroperasi atas nilai Islam, pertandingan tidak diiringi dengan celaan dan perkelahian. Inilah pengamatan saya keatas PAS hari ini- dimasa akan datang bila PAS memperolehi kuasa kerajaan yang lebih besar, kita tidak tahu lah sama ada peyakit UMNO akan menghinggapi mereka.

Sedikit pun saya tidak sangsi dengan niat dan perwatakan tokoh2 umamak dalam PAS. Semasa saya berceramah dengan ramai tokoh2 ini, saya mendapati mereka ini semua orang2 yang sangat decent dan ikhlas dalam agenda PAS. Saya yakin ini dihasilkan melalui didikan nilai2 Islam dan ilmu Islam mereka. Mengenai keunggulan keperibadian tidak ada isiu lansung. Malah kepada saya, ia menjadi tarikan untuk mencontohi mereka.

Yang menguatiri saya ialah bila tokoh2 ini bergelut dengan isiu2 temporal atau hal2 keduniaan. Mengenai perkara yang bersangkutan dengan fekah, tauhid, kerohanian dan keimanan dan cabang ilmu Islam yang lain, kehandalan mereka tidak ada tolok banding. Hanya apabila bercakap mengenai isiu keduniaan kebanyakan mereka ini seperti anak kecil dalam hutan atau baby in the woods. Rasa hormat kita yang begitu tinggi kepada keperibadian Islam mereka itu yang menyekat kita mengkritik secara terbuka. Paling kurang itulah pendirian peribadi saya kearana saya diajar bahawa kita mesti memuliakan para ulamak.

Bagaimana mahu reconcile perwatakan overall PAS ini dengan tuntutan politik pratikal? Itulah sebab nya, secara peribdi saya merasakan, sebagai strateji, agenda PAS secara keseluruhan nya boleh dicapai dengan mempunyai barisan pimpinan yang boleh menunjangi PAS dengan masyarakat terbanyak. Dalam hal ini lah, PAS perlu pada pimpinan golongan Mat Sabu. Pimpinan yang boleh berkomunikasi dengan warga majority dalam masyarakat. Agenda PAS akan hanya dapat dilanjutkan dengan menjadi sebahagian dari gerakan popular rakyat.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.