Buat yang ada anak dara tu, kalau ada yang nak masuk meminang siasat dulu latar belakangnya sebelum nak tolak tak tentu hala.
Manalah tahu... silap tolak nanti jadi macam berita ni.. tak pasal-pasal saja kena tembak..
KAJANG - Kerana lamarannya ditolak, seorang anggota polis melepaskan lima das tembakan setelah bergelut dengan ahli keluarga teman wanitanya di Kajang.
Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, abang teman wanitanya Solomon Stallin a/l Tholiletholan berusia 25 tahun terkena satu tembakan di bahu dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil di Hospital Kajang.
Ketika kejadian suspek Samuel a/l John Moses berusia 27 tahun seorang anggota polis dari Balai Polis Bandar Baru Bangi telah pergi ke rumah teman wanitanya tetapi tidak dibenarkan masuk oleh ibu bapa wanita terbabit.
Ekoran daripada itu, berlaku perselisihan faham antara suspek dan keluarga teman wanitanya sejak beberapa hari lalu.
Bengang dengan situasi terbabit, suspek melepaskan lima das tembakan ke rumah dan satu das terkena mangsa.
Suspek kemudian melarikan diri bagaimanapun kemudian berjaya ditahan tiga jam kemudian di perkarangan Mahkamah Kajang dan pistol miliknya dirampas.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan berhubung kes melibatkan anggota tersebut.
Siasatan awal mendapati anggota polis terbabit tidak memulangkan senjata api yang digunakan selepas bertugas dalam sekatan jalanraya awal pagi tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Video berkaitan sila lihat di SINI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.