`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 8, 2013

MendiRajakan tidak menjamin kekebalan dari kemurungan


Giving Royal Charter does not guarantee immunity from mediocrity.

Semalam semasa menyampaikan ucapan nya dalam palimen, wakil parlimen Kuala Selangor mencadangkan supaya UITM dijadikan university diRaja. Alasan nya ialah apabila diRaja dibubuh pada nama UITM, tidak ada pihak lain akan mempersoalkan kedudukan insitusi Melayu tesrebut.

Penghujjahan ini hanya datang dari golongan right wing Melayu sahaja atau dari orang yang ingin menampakkan mereka lebih Melayu dari Melayu lain. Mereka memikirkan jika menaruh istilah Raja disana, orang akan takut mengkritik dan mempersoalkan pengurusan dan prestasi UITM. Tidak ada orang yang takut.

UITM setiap tahun membelanjakan RM3 billion- adakah rakyat akan senyap jika melihat dengan perbelanjaan ini, prestasi UITM tidak memuaskan? Mereka yang public spirited dari kalangan Melayu sendiri akan mempersoalkan UITM tanpa mengira samaada terdapat kalimah diRaja dihadapan nama UITM atau tidak. Dengan wang sebanyak itu, rakyat Melayu berhak bertanya penghasilan UITM yakni melahirkan graduan Melayu yang bermutu tinggi dan ranking UITM yang baik.

Kedudukan orang Melayu tidak akan dipersoalkan- tapi jika Melayu tidak menunjukkan kredibiliti mereka, bangsa lain akan memperlekehkan orang Melayu, sama ada orang Melayu suka atau tidak.

Cadagan ini rentetan dari spin yang dijajakan oleh UMNO- yakni bangsa Melayu sedang diserang dan diancam. Seolah olah, tidak cukup lagi Melayu dominen dalam kehidupan politik dan sosial dalam negara ini. Bahkan jika orang Melayu lemah dalam bidang ekonomi, kita orang Melayu berhak bertanya apa faedah dominasi social dan politik seperti yang ada sekarang? Mungkin kelemahan ekonomi Melayu sebetulnya disebabkan oleh cara Melayu menyusun diri mereka secara social dan politik dan membaiki keadaan ekonomi memerlukan bangsa Melayu menukar penyusunan social dan politik yang ada sekarang? Social dan political setting yang ada dibentuk oleh UMNO dan pembaikan ekonomi Melayu memerlukan penolakan UMNO sebenarnya.

Agaknya, kalau prefix diRaja diletakkan didepan UITM, maka UITM akan terlindung dari serangan. Kenapa lah orang UMNO enggan menerima bahawa UMNO tidak mempunyai monopoli keatas kesetiaan bangsa Melayu?

Kesetiaan bukan lagi diperolehi dengan perintah dan penggubalan undang2-apatah lagi dengan memangkalkan sesuatu nama itu dengan kalimah diRaja. kesetiaan diperolehi dengan melayakkan diri mereka mendapatkan kesetiaan tersebut. Jika UMNO mendukong sebuah kerajaan yang rasuah dan melakukan salahlaku, orang Melayu sendiri menolak UMNO.

Jika Melayu diancam, maka pendedahan kepada ancaman tersebut dicipta oleh UMNO sendiri. Dan ancaman terbesar datang bukan dari bangsa lain, tapi dari kalangan bangsa Melayu yang meluat dengan tingkah laku UMNO. Ia datang daripada rakyat yang rasa tertipu dengan angkara durjana UMNO mengayakan segelintir Melayu yang terpilih.

Wakil parlimen Kuala Selangor ini seorang yang cerdik, tapi dalam membuat cadangan ini, penghujjahan nya kurang cerdik. Inikah cara orang Melayu mahu mengunggulkan diri mereka- yakni dengan meletakkan suatu terma didepan insitusi dan menakutkan orang lain dari mengkritik? Saya rasa, kalau prestasi UITM merudum dan ranking nya jatuh, perkara tersebut lagi mencemarkan nama Raja2 Melayu. Lama kelamaan Raja2 Melayu itu lambang mediocrity dan orang akan mentertawakan nya. MedahuluMelayukan segala nya sekarang menjadi trademark wakil rakyat UMNO nampak nya.

Apabila pemimpin UMNO memekakkan telinga inilah akibat nya. mengheret isitutusi raja Melayu kedalam suatu langkah politik akan hanya mendedahkan Raja2 Melayu kepada serangan2.

Meletakkan prefix diRaja pada UITM tidak memberikan kekebalan daripada mediocrity institusi seperti UITM. Apalagi, bila ada cadangan untuk menambah pelajar2 UITM sehingga 250,000 pelajar. Kita akan kejar kuantiti dengan mengorbankan kualiti. Matlamat kita bukan hendak menguniversitikan semua orang Melayu- matlamat kita ialah melatih Melayu mengikut kemampuan mereka. Kalau kita beri kelayakan universiti kepada pelajar Melayu yang mempunyai kemampuan SRP, ini akan merugikan bangsa Melayu pada hitung panjang. Jika kita beri percuma kelayakan kepada yang tidak layak, mereka tidak memberi sumbangan yang selari dengan diploma atau digri yang diberi.  Bila ini berlaku, maka tersematlah dalam fikiran pasaran kerja, pelajar lepasan UITM tidak berguna.

Yang menjadikan UITM itu Raja ialah kualiti pembelajaran dan pemberian latihan dalam institusi tersebut. Janganlah kita menekankan angka dan jumlah pelajar Melayu sahaja tanpa mengira mutu pelajar yang dikeluarkan.  Ini nampak nya diluahkan oleh wakil parlimen Kuala Selangor dan naib cancellor UITM. Apabila dikemukakan dengan penurunan ranking institusi pengajian, perkara tersebut diperlekehkan dan dengan sombong orang2 yang sepemikiran VC UITM mengatakan bahawa ranking pengajian tinggi tidak releven.

Prinsip nya, kita tidak boleh menggubal melalui undang2 keunggulan pelajar2 kita. Keunggulan itu dicapai melalui pencapaian akademik yang tinggi dan kelayakan yang kompetitif. Kalau kita mengeluarkan pelajar seramai 250,000 semata mata kerana mahu meramaikan graduan Melayu tapi akhirnya, mereka tidak dapat perkerjaan bagaimana? Ertinya, oleh kerana keghairahan kita menggubal undang untuk mengunggulkan pelajar Melayu, kita hantar mereka untuk disembelih.

Janganlah kita singkat pemikiran kita mahu meRajakan langkah kita dengan harapan , ianya tidak diserang. Mungkin orang UMNO ini pekak atau apa- teguran dan serangan terhadap Raja2 Melayu pun datang dari orang Melayu sendiri. Tidak sedikit orang Melayu mempersoalkkan kesahihan keturunan beberapa orang Raja Melayu menjadi Sultan dan Raja. Maka jangalah kita membayangkan, kalau UITM dijadikan university diraja, maka ianya kebal dari kritikan dan serangan pandangan.

Sesuatu jadi raja jika ia melayakkan diri nya dengan meningkatkan kredibiliti dan standing nya sebaris dengan universiti2 antara bangsa. Saya cukup yakin bahawa UITM berkemampuan menghasilkan graduan2 yang bermutu tinggi. Bahkan kalau kita lihat , kelayakan masuk kesetengah kursus amat tinggi dan hanya pelajar yang mencapai kecermelangan sahaja yang ditawarkan tempat. Jadi apa perlu pada nama diRaja didepan UITM?

Jika kita mahu mendiRajakan UITM, maka VC dan UITM mesti berkerja keras untuk meningkatkan mutu kelayakan graduan nya. dengan demikian, ianya akan membisukan segala kritkan terhadap UITM. Jangan kita jadikan UITM degree mill dan sebagai langkah dangkal mengebalkan UITM kita cadangkan ianya diRajakan.  Saya juga berharap kerana mengejar jumlah, kita kompromi kelayakan masuk pelajar2 Melayu. Punah dan musnah bangsa kita.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.