`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 16, 2013

Pemimpin Umno desak Nurul Izzah dikenakan tindakan, kerana dedah 30 SB di London

Tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (gambar) mendedahkan terdapat 30 anggota Unit Cawangan Khas (SB) yang diletakkan di London perlu dikenakan tindakan undang-undang bagi menjamin rahsia keselamatan negara terpelihara, kata seorang pemimpin Umno.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pemimpin politik yang sengaja membocorkan rahsia atau maklumat sulit strategi keselamatan demi menjaga kepentingan negara.
"Pembangkang di negara ini sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih kuasa termasuk menjual maklumat atau membocorkan rahsia keselamatan negara kepada pihak berkepentingan.
Syed Ali berkata, tindakan undang-undang tidak dikecualikan sama ada pemimpin itu mewakili parti pemerintah atau pembangkang termasuk badan bukan kerajaan (NGO).
Katanya, pembocoran rahsia keselamatan negara ini lazimnya dilakukan oleh pemimpin pembangkang bertujuan memburukkan imej negara.
"Dalam isu keselamatan sepatutnya tidak dipersoalkan secara terbuka apatah lagi di depan khalayak umum dan Nurul Izzah selaku wakil rakyat sewajarnya menggunakan saluran yang betul.
"Perbuatan itu sebenarnya bertentangan dengan aspek keselamatan negara. Jangan kerana hendak jadi popular dan juara, mereka boleh cakap sesuka hati termasuk membocorkan rahsia keselamatan negara," katanya.
Nurul Izzah semasa menghadiri forum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur pada Isnin mempersoalkan tindakan kerajaan menempatkan 30 SB di London.
Katanya, kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.
Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mendapat kecaman daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu kerajaan menyiasat dakwaan Nurul Izzah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.