`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 28, 2013

Pusat Zakat Kantoi Menipu - Tahniah Rakyat Celik IT!

Kepala hotak Soz Cyili

Bila rakyat celik IT, mereka akan google info dan bandingkan harga. Haha. Padan muka pusat zakat sebab kantoi. Well aku tak salahkan keseluruhan pusat zakat disini. Jangan salah faham oke. Aku cuma salahkan pegawai2 yang diberikan amanah untuk uruskan bantuan zakat neh aje. Sekarang neh dorang dah kantoi. Tahniah kepada pengadu. Anda cerdik lakukan perbandingan harga dan cerdik juga bila report kepada SPRM dan war2kan isu neh kepada media massa. 

Kita ajar sikit pusat2 zakat di Malaysia neh. Jangan hanya tahu nak makan gaji buta dan memperbodohkan orang aje.

Aku memang happy kalau satu persatu penyelewengan yang dibuat oleh pegawai2 pusat zakat neh terdedah. Dah memang aku menyampah pun dengan dorang selama neh.

Hahaha..

Amek kaw.

Baca ;

Seorang lelaki kurang upaya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan dana zakat di Johor.

Azizan Jaafar berkata, beliau telah membuat laporan itu bulan lepas selepas beliau mendakwa mendapati nilai bantuan yang berupa barangan yang diterimanya jauh lebih rendah daripada yang dinyatakan dalam arahan penghantaran.

Azizan, yang menjadi kurang upaya ekoran satu kemalangan, menganggarkan kos barangan tersebut ialah RM700 dan bukannya RM4,500 seperti yang dinyatakan.

Berikutan itu, katanya, beliau enggan menandatangani arahan penghantaran tersebut.

NONEMenurutnya, barangan tersebut berupa enam cawan untuk bekam (satu kaedah penyembuhan tradisional) dan sebuah alat pemanas tuala.

Menurut Azizan beliau tahu harga runcit pemanas tuala itu hanya RM480 manakala cawan tersebut yang pernah dibelinya sebelum ini, hanya berharga RM44 setiap satu.


Oleh itu, harga bagi enam cawan tersebut adalah RM264, katanya ketika dihubungi.

Semakan Malaysiakini di internet menunjukkan bahawa pemanas tuala itu selaku pensteril berharga anntara AS$90 (RM290.75) hingga AS$120 (RM387.68). Bagaimanapun, harga pensteril autoklaf industri (industrial autoclave steriliser)  boleh mencecah ribuan ringgit.

E-Stores menjual cawan bekam serendah RM20 untuk sekotak enam biji, bergantung kepada jenama.

Yang dihantar kepada Azizan ditandakan dengan jelas sebagai "towel warmer" dan bukannya pensteril autoklaf industri manakala bungkusan untuk cawan bekam itu sama dengan yang dijual di E-Stores.

NONEAzizan berkata pembekal kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah meluluskan bantuan sebanyak RM4,500 tetapi pembekal hanya boleh memberi kepadanya sebanyak RM2,700.

"Ini mendorong saya untuk membuat laporan kepada SPRM. Pegawai SPRM datang ke rumah saya pada 29 Oktober untuk mengambil gambar barangan yang dihantar dan menghubungi saya pada 31 Oktober untuk memintanya jangan menggunakan barangan kerana ia boleh diklasifikasikan sebagai bukti," katanya.

Malaysiakini menghubungi SPRM Muar, di mana Azizan membuat laporan tersebut, tetapi seorang pegawai di situ berkata prosedur dalaman melarang mereka daripada membuat sebarang pengesahan -MKINI-

Main markup harga la pula. Lepas tue membohong tak tentu pasal. Ingat semua orang boleh diperbodoh2kan la tue. 

Di harapkan dengan kes neh, mereka2 yang mempercayai pusat zakat itu telus boleh la berfikir semula. Ingat, kalau korang ada banyak duit dan perlu bayar zakat, sila bayar kepada orang miskin sendiri. Jangan malas cari. Kemalasan korang membuatkan ramai orang2 miskin yang perlukan bantuan kita tak terbela dan terbantu, tahu tak? Jangan bayar zakat pada pusat zakat. Bayar direct kepada orang miskin, cari dan bayar.

Hahaha.. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.