`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 8, 2013

REMAJA YANG CERCA ALLAH SWT DIBEBASKAN....

Polis menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir Melaka pada Khamis bagi membantu membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan menulis kata-kata mencerca Allah SWT dalam statusnya di laman Facebook baru-baru ini. 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata suspek berusia 17 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan pukul 3 petang tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil keterangan. 
Remaja itu kemudian dibebaskan tengah malam ini dengan ikat jamin polis, katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 
Remaja itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 susulan satu laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap tindakan remaja berkenaan. 

Zainuddin berkata remaja tersebut sudah berhenti sekolah selepas peperiksaan PMR PMR dua tahun lepas dan tagih dengan permainan komputer - Bernama. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.