`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 28, 2013

Rumah Terbakar Di Kuantan, Ibu Tunggal Rayu Bantuan


KUANTAN, 28 Nov - Seorang ibu tunggal hari ini merayu pihak berkuasa menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan akibat terlibat dalam kebakaran di Tanah Putih Baru, dekat sini petang semalam. Kejadian yang dipercayai akibat litar pintas itu telah memusnahkan segala harta bendanya. Kejadian yang berlaku sekitar jam 5.40 petang itu mengejutkan para penduduk di kawasan Lengkok Kanan Lorong 12 perumahan terbabit. Ibu tunggal yang mempunya empat anak itu kini amatlah mengharapkan belas ehsan pihak berkuasa dan orang ramai bagi meringankan bebanannya.  Difahamkan, bantuan juga telah dipohon kepada pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Kebakaran yang melanda rumah yang dibina pada tahun 1983 itu berjaya dikawal oleh anggota Bomba Dan Penyelamat yang tiba selepas itu. Mujurlah tiada kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian terbabit. Tanah Putih Baru terletak dalam DUN Tanjung Lumupur yang diwakili oleh YB Ustaz Rosli Abd Jabar (PAS) dan Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh (PKR). Kepada mana-mana pihak yang ingin hulurkan bantuan boleh hubungi kakak mangsa , Puan Ayu di talian 019-9944333. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.