`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 8, 2013

Taufan Yolanda mampu beri kesan kepada Sabah

Perkembangan taufan Yolanda ini amat merisaukan penduduk di perairan Sabah kerana bakal menyaksikan kejadian hujan yang luar biasa.
KOTA KINABALU: Taufan Yolanda yang berkelajuan antara 195 – 230 km/j diramalkan akan menuju ke kepulauan Visayas and Mindanao.
Kerajaan Filipina telah mengeluarkan amaran taufan tahap 1 yang tertinggi terhadap kawasan laluan yang akan melanda pada hari jumaat ini.
Taufan Yolanda dikatakan lebih kuat daripada taufan Pablo yang melanda akhir tahun yang lalu, telah meragut sebanyak 1000 nyawa di Filipina.
Jabatan Kaji Cuaca Malaysia telah mengeluarkan amaran taufan terhadap kawasan timur laut Kinabatangan, Sabah.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan, Sulu dan Sulawesi.
Perkembangan taufan Yolanda ini amat merisaukan penduduk di perairan Sabah kerana bakal menyaksikan kejadian hujan yang luar biasa.
Kejadian hujan lebat luar biasa selama dua jam pada bulan November yang lalu telah menyebabkan banjir kilat di beberapa pekan di sekitar Kota Kinabalu.
Banjir yang setinggi 0.5 meter berlaku di kawasan seperti Luyang, Likas, Kolombong, Inanam, Menggatal dan Penampang.
Banjir kilat juga berlaku beberapa bulan sebelumnya pada bulan April yang melihat hujan lebat selama 6 jam dimana kawasan yang sama juga dilanda banjir.
Perkembangan taufan Yolanda Ini telah menyebabkan kebanyakan penduduk di sekitar perairan Sabah risau akan tempat kediaman mereka.
Kekuatan taufan Yolanda yang tinggi pada kali ini akan pasti meninggalkan kemusnahan yang lebih teruk di sekitar laluannya.
Walaupun taufan Yolanda tidak melalui kawasan Sabah, ia mampu memberi kesan kepada penduduk Sabah sekiranya awan padat dengan hujan menuju ke arah sini.
Ketika ini, tidak ada rancangan yang menyeluruh dalam mengurangkan kejadian banjir kilat, terutamanya di pusat bandar Kota Kinabalu.
Seorang penduduk yang tinggal di kawasan banjir risau setiap kali kejadian hujan berlaku dan mereka menjadi tertekan akan kemungkinan kerosakan pada peralatan di rumah mereka.
Beliau berkata, banjir kilat ini bertambah teruk setiap kali kejadian hujan lebat berpanjangan dan tidak sekalipun melihat pihak berkuasa datang untuk memantau kawasan risiko banjir.
Gesaan yang dibuat oleh beberapa ADUN pembangkang tidak dihiraukan sama sekali oleh kerjaan negeri setiap kali berlakunya banjir kilat.
ADUN Inanam Roland Chia menyeru Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Pengaliran (DID) melaksanakan pelan penyelesaian masalah banjir kilat yang berlaku sering di kawasan Kolombong.
Menurut beliau, banjir kilat akan menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk di kawasan seperti Taman BDC dan kawasan perindustrian Kolombong.
Penduduk di sekitar kawasan sudah tidak tahan dan tertekan dengan kejadian sesak dan banjir kilat setiap kali berlakunya hujan lebat, beliau menambah.
ADUN Likas, Junz Wong menyeru kerajaan negeri menyediakan pelan tindakan khas untuk menghadapi kejadian hujan lebat di musim monsoon.
Kejadian banjir kilat ini menyebab banyak kerosakan harta benda tetapi setakat ini kita bertuah tiada nyawa yang terlibat.
Kerajaan negeri melalui pejabat daerah harus mengawal kejadian banjir kilat berlaku dengan melakukan kerja penyelengaraan dan pemantauan laluan saliran parit dan memastikan ia tidak tersumbat.
Sememangnya kerajaan negeri tidak menyebabkan kejadian hujan lebat, tetapi ia seharusnya mewujudkan jawatankuasa tindakan dan menjalankan kajian dan penyelesaian jangka panjang banjir.
Ketika ditanya mengenai banjir kilat sekitar bandar Kota Kinabalu, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun menyalahkan ada pihak yang sengaja menutup laluan saliran air untuk penternakan ikan rekreasi mereka.
Ini telah menyebabkan pemilik rumah yang lain terpaksa mengalihkannya untuk mengalirkan air ketika hujan lebat untuk mengelakkan kejadian banjir kilat di kawasan mereka.
Selain itu, pembinaan rumah perkerja membuang sisa bahan ke parit menyebabkan kejadian banjir kilat beberapa kawasan di bandar.
Masidi juga menyeru pihak DBKK, pejabat daerah Penampang dan Putatan memantau akan pembinaan rumah perkerja binaan di sepanjangan saliran air utama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.