HALAMAN HIBURAN
SKANDAL seks pasangan selebriti bukan perkara baru dan berlaku di mana saja. Ada kalanya skandal itu membabitkan penyiaran rakaman video menunjukkan pasangan terbabit sedang beraksi.
Pernah berlaku rakaman membabitkan penyanyi utama kumpulan Parokya Ni Edgar, Chito Miranda dan teman wanitanya yang juga aktres, Neri Naig (gambar). Satu video didakwa menunjukkan mereka tidak berpakaian dan sedang berasmara dimuat naik ke dalam laman web YouTube sebelum ditarik balik.
Bagaimanapun, ada beberapa gambar disiarkan semula oleh media sosial, lapor akhbar The Inquirer. Miranda, 37, yang juga penulis lirik, dalam laman web Instagram - chitomirandajr -meminta maaf atas tindakan pihak tertentu membocorkan video peribadi itu.
Kami amat kesal dengan tindakan pihak tertentu menunjukkan video peribadi saya dengan teman wanita saya, Neri Naig.
Saya memohon maaf daripada keluarga kami atas kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ini, kata Miranda.
Tidak lama selepas itu, dia mendedahkan lagi: Cakera keras kami dicuri dari rumah termasuk beberapa barangan lain.
Bagaimanapun, dia tidak mengesahkan sama ada pasangan dalam video seks itu benar-benar dirinya dan Naig, 27.
Beberapa tahun lalu, Indonesia turut digemparkan dengan penyiaran video seks penyanyi utama Peter Pan, Ariel dengan dua pelakon wanita terkenal negara itu, Luna Maya dan Cut Tari.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa tak habis-habis hal itu berlaku dalam negara umat Islam seperti Indonesia dan Malaysia? Nampaknya negara Brunei lebih bertamadun dan terkedepan dalam membangunkan jiwa insan, dengan baru-baru ini mengisytiharkan hudud atau perundangan Islam.
Pemerintah Malaysia baru cakap berbunga-bunga mengenai hudud, sehari dua ini. Itupun belum tentu lagi. PM Malaysia masih membisu seribu bahasa, walaupun anak buahnya menyanyi lagu lama yang sumbang bersyarat. Masih berpolitik mahu menjerat pembangkang?
Teringat cerita dalam kitab Ihya'Ulumiddin oleh Imam Ghazali, Iblis mendakwah Nabi Isa menyuruh mengucap Lailaha Illallah. Tapi, jawab Nabi Isa, aku tahu kalimah itu benar, tapi kamu yang menyuruh itu tidak berpegang kepada prinsip tersebut, aku tidak mahu ikut! (IH)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.