`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 8, 2013

Raub Pula Dinaiki Air, Amaran Peningkatan Air Di Kuantan



Pahang menjadi antara negeri pantai timur yang paling teruk dilanda banjir pada musim monsun tahun ini. Gambar fail.

Raub menjadi daerah terbaharu yang dilanda banjir dengan seramai 39 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di Pahang setakat jam 10 malam ini mencecah lebih 40,000 orang di 121 pusat pemindahan.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Kuantan masih mencatat jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 34,635 orang yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan.

Di Pekan, masih terdapat 2,887 mangsa di 26 pusat pemindahan, Temerloh 847 mangsa banjir di 22 pusat pemindahan, Jerantut 607 orang di 11 pusat pemindahan dan Maran seramai 764 mangsa di sembilan pusat pemindahan.

Bera seramai 123 orang di lapan pusat pemindahan, Rompin 53 orang di empat pusat pemindahan, Lipis seramai 53 mangsa di empat pusat pemindahan.

Sementara itu, peningkatan air di Kuantan dijangka berlaku secara mendadak mulai tengah malam ini berikutan pertembungan air pasang besar dengan peningkatan air di hulu daerahnya berikutan hujan lebat pada sebelah siang.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, berkata peningkatan air dijangka berlaku sehingga 2 pagi.

"Air pasang besar diramal berlaku pada 1.15 pagi dan pada masa yang sama air Sungai Lembing iaitu di Hulu Kuantan dijangka turut meningkat ekoran hujan lebat.

"Apabila terdapat pertembungan air hujan di hulu dengan air pasang besar di pedalaman, ia akan meningkatan air secara mendadak," katanya.

Beliau berharap penduduk khasnya di Bukit Rangin, Permatang Badak, Taman Cenderawasih dan Kampung Belukar agar bersiap sedia untuk berpindah semula ke pusat pemindahan.  – Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.