`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 4, 2014

(Gambar) Anak Mahathir Sertai Protes Pensil Merah Dalam Hujan Lebat


Kira-kira seramai 200 orang termasuk anak bekas Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat menyertai perhimpunan di perkarangan Lebuh Pasar, Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada Protes Pensil Merah anjuran Gerakan Media Marah (Geramm) yang diadakan berikutan penggantungan akhbar mingguan berbahasa Inggeris, The Heat.

Antara yang dilihat turut memberi sokongan kepada bantahan itu adalah bekas Pengerusi Bersih 2 Datuk Ambiga Sreenevasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, Datuk Paduka Marina Mahathir dan beberapa individu lain.

Ambiga dalam ucapannya berkata bantahan ini bukan sahaja dilakukan terhadap The Heat tetapi kepada kebebasan media di Malaysia.


"Ini berkaitan integriti anda sebagai wartawan. Kita perlu memandang serius perkara ini kerana media dikawal oleh kerajaan.

"Lesen kepada pihak media bercanggah dengan hak kebebasan media," katanya sebelum peserta berarak ke Stesen LRT Masjid Jamek sebagai simbolik kepada kawasan wartawan dikasari semasa Perhimpunan Bersih yang lalu.

Peserta perhimpunan berarak dalam keadaan hujan lebat sebelum mereka berhenti di Stesen LRT Masjid Jamek. ~tmi







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.