Harga kenderaan tidak akan turun
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pembeli tidak perlu mengimpikan penurunan harga kereta melalui pengumuman Dasar Automotif Negara (DAN) pada pertengahan bulan ini, sebaliknya dasar itu lebih menumpukan kepada usaha meningkatkan pelaburan dalam industri automotif tempatan.
Penganalisis daripada firma penyelidikan Frost & Sullivan (F&S), Kavan Mukhtyar berkata, sebaliknya dasar itu akan lebih menyentuh kepada usaha menarik pelaburan pelbagai jenama kereta asing ke Malaysia, terutama sekali insentif cukai terhadap kenderaan jenis cekap tenaga (EEV).
Beliau berkata, DAN mungkin membabitkan pengenalan dasar baharu seperti had tempoh jangka hayat kereta dan penghapusan permit import (AP), namun tidak percaya kedua-dua dasar itu akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Menurutnya, liputan yang meluas terhadap DAN sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada jualan kereta tempatan, kerana pembeli mengharapkan dasar itu dapat menjadikan harga kereta tempatan menurun.
"Harga akan menurun, tetapi secara berperingkat terutama membabitkan model yang dipasang secara tempatan (CKD)," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar mengenai jangkaan industri automotif Malaysia 2014, di sini hari ini.
Kavan berkata, Malaysia tidak ketinggalan dalam usaha menarik pelaburan automotif asing berbanding Indonesia dan Thailand.
"Terdapat pelbagai lagi jenama kereta asing mewah yang masih belum meneroka pasaran Asia Tenggara secara besar-besaran.
"Oleh itu, saya percaya DAN amat penting bagi memastikan Malaysia mampu menarik pelabur asing," ujarnya.
Dalam pada itu, Kavan berkata, jualan kenderaan baru (TIV) bagi 2014 dijangka mencecah 675,000 unit, disumbang oleh persekitaran ekonomi negara yang baik serta pengenalan beberapa model baharu.
"TIV mungkin sedikit terjejas pada awal 2014 kerana pembeli mahu menunggu keputusan DAN. Tetapi bermula suku kedua, kadar jualan kembali pulih seperti biasa," kata beliau lagi.
Sementera itu katanya, bagi mengukuhkan kehadiran Proton dalam arena permotoran global, jenama nasional itu perlu menetapkan jumlah pengeluaran keretanya meliputi semua model sebanyak 300,000 unit setahun bagi mencapai skala pengeluaran yang ekonomi.
"Jumlah itu termasuklah untuk tujuan eksport. Barangkali, Proton boleh memulakan usahakan untuk melesenkan jenama mereka di pelbagai negara supaya dikenali di peringkat antarabangsa," katanya lagi.
Ketika ini, Proton mengeluarkan 150,000 unit kereta setahun.
nampaknya impian rakyat malaysia yang mengundi umno akan mati mata terbukak sebab umno tak akan menunaikan janjinya bahawa mereka akan menurunkan harga kereta, mana mungkin akan menurunkan harga kereta kerana ia amat menguntungkan kroni kroni umno. yang bodoh adalahh yang mengundi umno, percaya bahawa umno akan menurunkan harga kereta. sampai ke sudahlah harga kereta tak akan turun selagi umno memerintah malaysia, NO dua dalam dunia kereta paling mahal.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.