`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 21, 2014

Penjara lebih setahun punca Anwar dihalang ke Jepun



Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang masuk ke Jepun kerana didakwa gagal memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang Imigresen Jepun.
Pihak berkuasa mempunyai hak untuk menafikan kemasukan mana-mana individu yang gagal memenuhi syarat ditetapkan di bawah Perkara 7 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian, kata pegawai Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.
“Kami tiada kuasa untuk menjawab hal-hal berkaitan peribadi individu,” kata pegawai Imigresen Jepun ketika dihubungi mStar Online semalam.
Merujuk kepada undang-undang Jepun, seseorang yang pernah dipenjara lebih daripada satu tahun boleh dihalang daripada masuk ke negara berkenaan seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 5 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.
Anwar sebelum ini pernah dipenjarakan selama enam tahun.
Selain daripada memiliki paspost yang sah, syarat lain untuk memasuki Jepun ialah termasuk menyatakan sebab kemasukan serta sama ada tempoh kemasukan sama dengan program kunjungan atau tidak.
Anwar berkata Isnin lalu, beliau dihalang memasuki Jepun sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 6.45 pagi Ahad dan diminta menaiki pesawat pertama yang berlepas pulang atau menghadapi tindakan pengusiran.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.