`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, March 7, 2014

Terkini!!!(Gambar & Video) Punca KDN Larang Penerbitan Buku 'Ultraman The Ultra Power'.. Jom Terjah!!!

Punca buku Ultraman The Ultra Power diharamkan Malaysia. Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’ kerana ianya mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.
ultraman

Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers. Mengikut kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada 6 Mac 2013, warta larangan itu berkuat kuasa mulai 18 Februari 2014 mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan termasuk memiliki dan mengedar buku berkenaan boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Fakta Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia
  • Mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.
  • Menjejaskan keselamatan
  • Menggunakan ayat atau perkataan yang mengelirukan
  • Menggunakan perkataan “Allah” dalam Buku Ultraman Edisi Bahasa Melayu
  • Buku diharamkan berkuat-kuasa mulai 18 Februari 2014
Punca Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan

punca

Contoh Naskah Buku Ultraman The Ultra Power

contoh-buku

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.