`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 2, 2014

VIDEO : PERASMIAN JAMBATAN KE - 2 PULAU PINANG - JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH


Hari ini adalah hari bersejarah dengan pembukaan Jambatan ke-2 Pulau Pinang oleh DS Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

MiM berkesempatan untuk turut sama di tempat perasmian tersebut. Lebih 10,000 orang turut hadir. Jambatan itu juga secara rasminya dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, DYMM Agung.


Lihat video :



Projek Jambatan ke-2 Pulau Pinang ini telah dilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1995. Dan apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri, beliau mempunyai dua pilihan iaitu laluan sebelah utara atau pun selatan dan beliau membuat keputusan memilih cadangan laluan selatan.

Jambatan ini adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara sepanjang 24 kilometer.



Projek ini dikendalikan oleh kontraktor China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) manakala Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) sebagai pemegang konsesi untuk 45 tahun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.