`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Wednesday, April 30, 2014

Pelajar sekolah agama mati dalam pergaduhan dengan rakan di Rawang

(Gambar Hiasan)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi.

Pelajar lelaki yang berumur 15 tahun itu dikatakan ditumbuk di muka sebanyak tiga kali sebelum mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam kejadian 11 malam itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.

"Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden

Namun mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang.

Abdul Rahim berkata hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka.

Beliau berkata rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.