`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 1, 2014

Takkan Drebar Bas Saja Yang Ajar Kerajaan Zalim? Yang Lain Mana?


Kerajaan memang zalim!

Konon-konon kenaikan tol di CIQ Johor Bharu untuk menyaingi kenaikan VEP Singapura yang melampau tetapi akhirnya yang terkena kesan adalah rakyat Malaysia sendiri, sama ada yang pergi bekerja di Singapura atau pun kanak-kanak sekolah.

Pagi tadi, antara jam 4.00 pagi sampai 8.00 pagi, laluan bas ke Singapura sesak teruk apabila bas-bas kilang dari Malaysia menghala ke Singapura mogok sehingga menyebabkan kenderaan awam lain yang hendak ke Singapura, tidak dapat meneruskan perjalanan.

Puncanya, para pemandu bas mogok dan tidak mahu bayar tol pada kadar yang baru. Mereka mendesak agar caj tol dikembalikan kepada kadar yang asal. Kalau permintaan mereka tidak dipenuhi, mogok dijangka akan diadakan lagi esok.



Ada perbincangan antara ketua mogok merangkap pemandu bas kilang bernama Chandran P.Gopa dengan Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia Bahagian Selatan, Mohamed Ridzuan bin Jahidin. Turut terlibat adalah OCPD Johor Bahru Selatan, OCS BSI, Inspektor Gurmeet dan anggota-anggota TCO yang bertugas di lokasi bagi memantau keadaan.

Pihak lebuhraya kemuidannya menawarkan pemberian kad Touch and Go bernilai RM10.00 sebanyak 400 keping sebagai penyelesaian jangka pendek.

Ironinya, kesemua pemogok tersebut terdiri daripada bangsa India. Pemogok yang menerima kad Touch and Go kemudiannya bergerak meninggalkan lokasi kejadian.


Mogok tersebut menyebabkan para pekerja kilang di Singapura terpaksa berjalan kaki jauh untuk memasuki Singapura. Kanak-kanak sekolah juga tidak terkecuali apabila perjalanan mereka disekat oleh bas-bas kilang tersebut.

Walaupun kadar tol tersebut sebenarnya ditanggung oleh majikan sama ada pemilik kilang atau pemilik bas, tetapi pemogok-pemogok yang terdiri daripada drebar-drebar berbangsa India berasakan mereka bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan.

Cuma satu sajalah yang aku hairan... kenapa mogok terhadap Kerajaan Malaysia sahaja? Macam mana dengan Kerajaan Singapura yang mengenakan tol sebanyak RM139 sekali perjalanan bagi sebuah kenderaan berbanding RM16.50 oleh Kerajaan Malaysia? 

- erapasca

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.