`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 31, 2014

Dr Mahathir Tidak Lagi Sokong Najib



Reaksi presiden UMNO bila dikritik oleh Dr Mahathir, ialah menghimpunkan penyokong setia nya. Maka berhimpunlah kira2 160 ketua bahagian UMNO di kediaman rasmi presiden UMNO. Beberapa jurucakap mengeluarkan kenyataan ke-acaraian/ceremonial menyokong presiden mereka yang juga PM kerajaan Malaysia.

Seperti seekor binatang yang diburu, presiden UMNO merasa selamat berada dalam kumpulan. Tapi Dr Mahathir ialah singa yang memburu. Walaupun berada dalam kumpulan yang ramai, sang singa boleh menghidu, mengecam dan kenal pasti binatang mana yang sakit, cacat, lemah dan tua.

Antara ratusan orang yang berhimpun tersebut, Mahathir sudah mengenal pasti bahawa Najib yang lemah. Najib gagal sebaagi pemimpin, dasar nya gagal, Negara pun gagal.

Dia tidak boleh lari walaupun dia menyangka selamat dalam kumpulan.
Dr Mahathir beritahu semua orang bahawa Najib is a failure as a leader- his policies failed, we lived in a failed state.

Dr Mahathir mengindem Najib sebagai pemimpn kerajaan. Dia tidak hentam UMNO sebagai parti Melayu itu. Mahathr tetap UMNO seUMNO Najib juga. Tapi pada taksiran Mahathir, sebagai pemimpin kerajaan, dasar2 kerajaan, Negara ini- Najib seoarang yang gagal.

Tapi 160 orang yang hadir tidak dapat membendung resah dan gelisah rakyat. Walapun UMNO ada 3 juta ahli, orang Melayu lebih ramai dari itu. Mereka telah menolak UMNO dan BN. BN dan UMNO hanya memperolehi 48% dari undi popular. Suara UMNO suara yang tewas. Semua pemimpin UMNO menyedari perkara ini.

Berjuta rakyat perlu diyakini dengan kepimpinan Najib dan dengan pengurusan kerajaan. 160 ini tidak sama dengan Mahathir seorang. Dua tiga kucing berlari, mana nak sama sikucing belang. 160 boleh dirasuahkan, mana nak sama Mahathir seorang.

Mahathir seorang sahaja sudah boleh menggugat Najib.

Rakyat gelisah. Mereka menyampah tonton TV lihat muka pemimpin kerajaan yang sombong. Cakap besar. Ekonomi baik. Pelaburan meningkat. Tapi kenapa kos kehdupan meningkat? Mengapa pendapatan boleh guna menurun? Mengapa harga getah turun? Mengapa harga sawit rendah? Kenapa sukar mendapat RM1000 sebulan?

Tulsian Mahathir telah kondem Najib. Cakap lah macam mana, apa yang Mahathir cakap ialah Najib is a failure. Najib buat don’t know dan untuk menyedapkan Hati, kata ini hal dalaman. Bila Mahathir bantai Pak lah dahulu- ianya hal dalaman jugak. Sehinggalah saat nya tiba, Pak Lah disingkirkan.  Oleh kerana Najib tidak tidor, maka dia himpunkan bala tentera nya sebagai tanda kekuatan.

Semua itu tidak dapat menutup kegagalan dasar2 nya.

Najib amat suka cakap besar mengenai transformasi itu dan ini. Semua nya pembohongan besar. Terutama kepada orang Melayu.

Cuba saya tanya orang Melayu suatu soalan. Garisan pendapatan miskin berapa? Kerajaan kata RM860 sebulan atau RM1000 untuk Sabah dan Sarawak. Ini garisan pendapatan miskin yang amat rendah yang pasti memerangkap suatu kumpulan yang amat kecil. lantas kerajaan Najib umum bahawa dasar ekonomi mereka sukses sekali- Berjaya mengurangkan insiden kemiskinan.

Secara statistik- insiden kemiskinan ialah peratusan mereka yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari garisan pendapatan miskin.  Berapa peratus orang yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM860? Jawab nya sedikit. Najib pun istihar, insiden kemiskinan hanya 2%. Malaysia makmur. Dasar ekonomi nya Berjaya.

Maka disambut oleh teriakan rakyat Pekan- kepala bapok aok.

Kalau kita boleh maki hamun- kita akan lakukan disini. PBB sendiri menyatakan bahawa garisan pendapatan miskin harus pada tahap 50% pendapatan purata Malaysia. Jika dalam tahun 2012, pendapatan purata rakyat Malaysia ialah RM5000- maka garisan pendapatan miskin ialah 50% dari RM5000 yakni RM2500. Tahukah pembaca pada tahap ini, berapa ramai yang berada dalam kategri miskin? Jawapan nya 40%.

40% penduduk Negara ini berpendapatan kurang dari RM2500 sebulan dan ini menunjukkan bahawa kerajaan Najib temberang bila menyatakan bahawa ekonomi bertambah baik.

Saya harap orang UMNO faham signifiken serangan dan erti serangan tersebut. Kalau tidak faham, saya kasi fahamkan. Pemimpin mereka, Dato Najib Tun Razak  Dr Mahathir kata gagal mentadbir Negara. Faham ini? GAGAL. Mesej yang Mahathir hantar amat mudah- Najib is a failure. His government is a failiure. His policies are a failure. Malaysia is becoming the sick man of South East Asia. Ekonomi seperti Indonesia, Vietnam terus berkembang. Malaysia hilang daya saing.

Hutang luar ngara atau external sudah mencecah 40% KDNK. Hutang dalam Negara atau hutang sector awam sudah melampauii 55% GDP. Itu pun kerajaan Najib menyembunyikan perangkaan hutang yang sebenar seperti tidak mengira jaminan kontinjensi kepada GLC2 yang semua nya rugi.
ni kerajaan yang mencuri harta dan wang rakyat.

Aliran keluar modal short term Malaysia merupakan yang terbesar jika dibanding dengan ekonomi negara asia yang lain. Lebihan akaun semasa kian berkurangan. Current account surplus Malaysia sekarang ialah 3.7% dari GDP berbanding dengan 16% dalam tahun 2008( masa Najib ambik alih).

Itu pun orang UMNO mahu orang Melayu menyanjung tinggi kehebatan pengurusan Najib. Dia fail.

Ini semua menunjukkan economic management incompetence. Dalam masa inilah Najib dan isteri bergentayangan sana sini menjadi palancung melawat negara2 lain.

Semasa Najib ambil alih tahun 2008, hutang isi rumah atau household ialah 60%. Sekarang ianya 80%. Ramai yang bankrap. Ramai yang berhutang. Graduan yang berpendapatan RM 2500 tidak mampu tinggal di Kuala Lumpur- sewa RM800, pengangkutan RM800, makan RM500, kemasdiri 500. Kalau tinggal RM100 pun nasih baik. Belum lagi dicampur bayaran hutang PTPTN yang ahli UMNO semua nya berdemonstrasi berkeras hendak bayar.

Dalam keadaan ini matlaon diPutrajaya semuanya kata keadaan semua baik. Tahun 2020, kita akan capai Negara maju dengan pendapatan per kapita USD15,000. Ya lah- pendapatan 20% teratas dibahagikan dengan 28 juta orang- dapatlah kita USD15,000. Tapi ianya tidak menunjukkan bahawa bahagian terbesar kenaikan pendapatan dikaut oleh segelintir masyarakat. Orang Melayu janganlah diperhitungkan ketinggalan nya. 20% Melayu teratas berpendapatan bulanan RM11,000 manakala yang 40% terbawah kekal dengan pendapatan RM1600.

Tapi takpe- orang Melayu punya tahap tolerasi kepedihan hidup yang tinggi. Mereka akan berkata, ini semua sudah ditakdirkan.  Tidak pernah terfikir oleh orang melayu bahawa keadaan mereka adalah akibat rasuah, akibat kelemahan pengurusan, akibat incompetence akibat salah laku.  Selagi mereka diBR1Mkan, orang Melayu selesa dan puas walaupun keadaan mereka tidak berubah.

Mereka lupa bahawa UMNO berkerja untuk kepentiingan oligarchs Cina, Melayu dan India. Ekonomi negeri dikuasai oleh puak feudal yag didanai dan disokong oleh oligarchs Cina. Orang UMNO jerit sana sini memperjuangkan kepentingan melayu- tapi kepentingan yang mereka juarai ialah kepentingan oligrachs- yakni segelintir elit politik dan perniagaan.

Kritikan Dr Mahathir kalau diterjemahkan dalam bahasa yang budak tingkatan 3 pun boleh faham ialah: Najib gagal. Bila Najib gagal, kerajaan gagal. Dasar Najib gagal.  Kita hidup dalam negara yang gagal.

Kita tidak boleh selesai masaalah kita dengan berpindah ke negeri lain. Kita boleh selesaikan masaalah dengan menukar pemimpin kerajaan.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.