`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 1, 2015

Dakwaan RM 27juta Skandal Terbaru Melibatkan MARA di Ostolia


Mara Didakwa Beli Satu Lagi Hartanah Di Melbourne RM27 Juta Lebih Mahal


Badan bukan kerajaan (NGO), National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa satu lagi hartanah, 333 Exhibition Street dibeli Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada harga RM27 juta lebih mahal.

Pembelian hartanah itu pada harga AU$31 juta atau RM99.2 juta itu dibuat menerusi anak syarikat Mara iaitu Mara Inc.

Pengarah Eksekutif NOW, Rafizi Ramli yang mendedahkan perkara itu pada Selasa berkata, ia berdasarkan dokumen dalaman pada sesi taklimat 20 Mei 2014 mengenai pelaburan Mara Inc dan maklumat laman web dana hartanah, Quintessential Equity yang melaporkan urus niaga penjualan bangunan berkenaan.

Katanya, dokumen berkenaan turut diberikan kepada Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa ketika lawatannya ke Australia.

Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, bangunan itu dijual kepada satu syarikat yang tidak dinamakan pada harga AU$22 juta pada Oktober 2012.



"Lebih kurang enam bulan selepas itu pada Mac 2013, Mara Inc membeli bangunan ini pada harga AU$31 juta (RM99.2 juta) iaitu AU$9 juta atau RM27 juta lebih mahal dari harga yang dibeli daripada Quintessential Equity.

"Kenapa Majlis Mara Inc membeli 333 Exhibition Street yang harganya RM27 juta lebih mahal dari harga pasaran? Dari syarikat mana dan siapa Mara Inc membeli bangunan ini," soalnya pada sidang media di pejabat NOW di sini, Selasa.

Mara baru-baru ini mencetuskan kontroversi berikutan dakwaan pembelian hartanah Dudley International House pada harga lebih tinggi iaitu daripada AU$17.8 juta kepada AU$22.5 juta (RM65.3 juta).

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, ini jelas menbuktikan bahawa pembelian 333 Exhibition Street melibatkan kaedah yang sama dengan pembelian Dudley House.

"Jika Dudley House terlebih bayar sebanyak AU$4.75 juta (RM13.8 juta) maka harga yang dibayar oleh Mara Inc untuk 333 Exhibition Street adalah jauh lebih tinggi," katanya.

Setiausaha Agung PKR itu berkata, berdasarkan dokumen dalaman itu, kadar pulangan sewa hartanah berkenaan ialah 6.2 peratus, manakala kadar pulangan purata ketika hartanah itu dibeli adalah antara 6.5 peratus hingga tujuh peratus.

Sehubungan itu, Rafizi mempersoalkan mengapa Majlis Mara meluluskan hartanah yang kadar pulangannya lebih rendah dari kadar pulangan purata di Melbourne.

"Kenapa Tan Sri Annuar Musa tidak menyemak prestasi kadar pulangan hartanah ini seawal Jun 2013 apabila beliau mengambil alih Mara kerana hartanah ini memberi kadar pulangan di bawah kadar purata?

"NOW yakin bukti-bukti ini menunjukkan wujudnya unsur pecah amanah (CBT) dalam pembelian ini walaupun PDRM (Polis Diraja Malaysia) telah menafikan perkara ini," dakwanya sambil menggesa Annuar memberi penjelasan sewajarnya berhubung pendedahan tersebut.

Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata, pihak polis menolak adanya unsur CBT dalam kes pembelian hartanah oleh Mara di Melbourne, Australia.

Khalid yang merujuk kepada Dudley House bagaimanapun berkata, polis tidak terlibat dalam siasatan kes ini kerana ia dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

sumber...Mstar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.