`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 28, 2015

Muhyiddin tersingkir dari kabinet

Empat menteri penuh dan seorang timbalan menteri tersingkir
UPDATED
unnamed
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan rombakan kabinetnya sebentar tadi.
Seperti dijangka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkir dan diganti Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi.
Ia juga menyaksikan beberapa menteri kanan lain tersingkir.
Selain Muhyiddin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Begitu juga dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Turut menerima nasib Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.
Manakala beberapa mereka yang sebelum ini tidak memegang portfolio dilantik semula ke kabinet.
Antara mereka Datuk Seri Salleh Said Keruak yang dilantik menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Mengulas mengenai penyingkiran Muhyiddin, Najib turut menyelar tindakan timbalannya kerana menjadikan pentas terbuka untuk menyerang kepimpinannya.
“Perbezaan pendapat tidak boleh dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan kerajaan dan negara”, katanya dalam pengumuman itu.

1 comment:

  1. I dont care about this..... de' important thing is where is RM 42 billion? Kos sara hidup yg meningkat... kenaikan harga barangan... warga asing yg semakin bertambah... this is more important.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.