`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 21, 2015

Najib Bangga Pertama Kali Dalam Sejarah Negara Mahasiswa Pro-Umno Menang



Kemenangan besar mahasiswa prokerajaan dalam pilihan raya kampus di tujuh universiti awam membuktikan generasi baru memahami perjuangan kerajaan BN dan menurut perdana menteri, kemenangan itu adalah pertama kali dalam sejarah pilihan raya kampus.

"Siapa kata kita tidak laku dengan kalangan Gen Y? Mereka boleh sokong, dengan syarat kita dapat memaparkan perjuangan kita kepada mereka.

"Beri mereka faham apa sebenarnya dasar kita, matlamat perjuangan kita dan cara kita," kata Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika berucap merasmikan bangunan baru Umno bahagian Muar di Jalan Meriam di Muar semalam.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.

Najib, yang juga presiden Umno berkata buat pertama kalinya dalam sejarah, pilihan raya kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang selama ini dimonopoli mahasiswa propembangkang, juga dimenangi mahasiswa prokerajaan.

"Kalau mereka (generasi baru) faham, mereka boleh terima yang masa depan mereka sebenarnya adalah kemenangan kita. Wujudnya mereka di universiti juga kerana kita," kata Najib.

Dalam pilihan raya kampus sesi 2015/2016, kumpulan Pro-Aspirasi iaitu kumpulan mahasiswa prokerajaan mendominasi kemenangan di UM, UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan UIAM.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.