`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 20, 2015

Pembunuhan Altantuya Bukan Isu Najib Razak

Image result for Pembunuhan Altantuya

Oleh Nur Azlina Shaari, myKMU
Bukaan semula cerita mengenai kes pembunuhan Altantuya dari pihak pembangkang membuktikan ia adalah kitaran idea untuk menembak pihak kerajaan dan Perdana Menteri selepas pembangkang sudah ketandusan cara untuk memburukkan nama kerajaan. Dan, menghidupkan semula kes Altantuya dapat dilihat sebagai cara untuk mengetengahkan betapa buruknya Malaysia di mata dunia.
Dalam buku ‘22 Jawapan Najib Razak’, isu Altantuya adalah jawapan pertama yang Najib Razak jawab biar pun isu Altantuya ini sudah banyak kali dijawab dan disahkan siapa terlibat serta pihak-pihak yang telah dihukum.
Kronologi kes Altantuya:
1. 1. Kes telah disiasat oleh PDRM sejak Oktober 2006.
2. 2. Kes dibicara selama 9 tahun dan diputus di Mahkamah Persekutuan.
3. 3. Razak Baginda akui hubungan dengan Altantuya dan nafi PM mengenali Altantuya.
4. 4. Tun Abdullah terima laporan penuh siasatan dan sahkan PM tidak terlibat.
5. 5. PM telah berkali-kali menafikan penglibatan dalam pembunuhan dan telah bersumpah mengenainya di Masjid Guar Perahu pada 23 Ogos 2008.
Berikut adalah jawapan Najib:
a. Kes ini telah disiasat, dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Persekutuan. Ia adalah kes yang berusia Sembilan tahun tanpa pengakhiran kerana ia terus-menerus “dikitar semula” oleh pembangkang.
b. Oleh kerana ia merupakan suatu kes mahkamah yang panjang, perayu-perayu mempunyai masa yang mencukupi untuk mengemukakan pembelaan penuh mereka kepada mahkamah. Jadi mengapa kita mendengar kenyataan individu yang testimoninya telah diberikan dan telah didapati bersalah di atas jenayah tersebut?
c. Apa yang penting adalah penghakiman ini memberikan keadilan kepada semua orang, paling penting kepada keluarga mangsa, tertuduh dan juga kepada saya.
d. Saya telah menyatakan berkali-kali bahawa saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dalam isu ini, malah saya juga telah bersumpah menggunakan Al-quran di sebuah masjid.
e. Rakyat perlu mengambil kita bahawa dalam politik banyak isu dimainkan secara beterusan dan ini adalah salah satu daripadanya. Ia menjadi panas sewaktu tempoh menunggu pelantikan saya sebagai PM dan pembangkang memerlukan satu cara untuk menghalang saya dari mara ke hadapan. Oleh kerana Razak Baginda adalah teman saya, mereka cuba mengaitkan hubungan saya dengan setiap mereka. Razak Baginda secara terbuka mengakui hubungannya dengan Altantuya dan saya sama sekali tidak mempunyai sebarang pengetahuan. Pakatan dan media mereka secara tidak bertanggungjawab cuba untuk bermain perang saraf dengan cuba mengaitkan saya dengan pengaruh persepsi. Bahkan mereka sampai sanggup mencipta dan mengolah gambar saya sedang makan malam dengan mangsa di sebuah restoran. Dalam era media sosial, perkara-perkara sebegini boleh tersebar secara meluas tanpa kawalan, termasuk gambar yang disunting dan diolah tadi.
f. Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas PM, telah menerima laporan siasatan penuh daripada polis dan secara peribadi telah mengesahkan bahawa saya tidak terlibat.
g. Setelah dijelaskan seperti di atas, adalah tidak adil untuk memaksa saya untuk menyiasat kes ini sekali lagi dan menuntut untuk mengetahui siapa yang telah mengarahkan pembunuhan itu. Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa mengenainya. Mahkamah telah memutuskan siapa yang bersalah. Itu sepatutnya mengakhiri cerita ini.
h. Saya dapati ia adalah amat mengganggu apabila isu dibangkitkan sekali lagi. Kita semua tahu bahawa jika seorang pemimpin veteran berkeras untuk membangkitkannya, walaupun secara kebetulan, ia secara automatic akan mengakibatkan isu ini dihidupkan sekali lagi.
i. Individu-individu yang berpengaruh seperti mereka mempunyai banyak sumber. Apabila isu ini meletus, saya percaya mereka sudah tentu dapat mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut. Jika mereka percaya dakwaan ini adalah benar, mengapa mereka tidak mengbangkitkannya ketika isu ini tercetus 8 tahun yang lalu? Mengapa? Ada yang berkata bahawa mereka hanya mempersoalkan isu ini sekarang kerana ia telah bertukar menjadi suatu perkara hidup dan mati kepada orang-orang yang telah disabitkan dengan kesalahan. Tetapi kes ini telah dibicarakan di mahkamah, dengan keputusan yang jelas dan hukuman dikenakan. Adakah mereka mempertikaikan sistem kehakiman yang mereka sendiri daulatkan?
j. Walaupun perbicaraan dan pertimbangan yang panjang diberikan di mahkamah, masa yang mencukupi telah diberikan kepada perayu, kes mereka didengar dan dihakimi, sumpah saya dan penafian berulang kali telah dibuat, penjelasan yang diberikan oleh Razak Baginda, namun sesetengah orang masih terus mempersoalkan isu ini dan terus mencuba untuk mengaitkan saya.
Isu Altantuya ini, seperti yang kita maklum adalah permainan pembangkang. Apabila setiap hari pembangkang lemparkan fitnah ‘Najib bunuh Altantuya’ kepada rakyat tanpa sebarang fakta dan bukti, makanya, ia akan diterima dan ditanam. dalam otak sememangnya Najib bersalah.
Ia samalah kepada Najib. Najib tidak akan berhenti dari bercakap dan memberikan jawapan mengenai isu Altantuya ini yang disertakan fakta dan bukti kukuh selagi pembangkang memainkan isu ini. Lama kelamaan, rakyat akan terima dan menilai yang mana benar dan mana yang salah.
Mudah sahaja sebenarnya bila berfikir secara logik. Itu yang rakyat perlu lakukan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.