AYUH MUHYIDDIN, MULAKAN GERAKAN RAKYAT SEKARANG JUGA
Kenyataan media Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatannya, Muhyiddin Yassin setelah MT parti bertindak terhadapnya sekurang-kurangnya menggariskan empat fakta penting:-
- perlunya reformasi institusi yang menyeluruh yang bertujuan menghadkan kuasa Perdana Menteri serta menjadikan beberapa institusi seperti Jabatan Peguam Negara, SPRM, PDRM dan BNM mampu berfungsi dengan bebas tanpa diganggu-gugat oleh sesiapa.
- Najib Razak sedang menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk menekan suara yang menentang dan mendiamkan pengkritik serta keruntuhan institusi demokrasi sedang menjadi tatapan dengan penggantian kemunculan seorang diktator baru.
- telah ditunjukkan bukti oleh bekas Peguam Negara, Gani Patail mengenai kemasukan wang sebanyak RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun peribadi Najib dan ia sah merupakan satu perbuatan jenayah.
- keperluan mengenepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk satu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintergriti.
Apa yang perlu Muhyiddin lakukan selepas ini? Masih sesuaikah hanya dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan saja?
Sementara Muhyiddin sudah mula mengajak rakyat agar bangun menentang kezaliman dan kemungkaran, menuntut perubahan institusi, menggambarkan munculnya seorang diktator baru dalam negara serta mengesahkan perbuatan jenayah melibatkan seorang Perdana Menteri turut berlaku, tiada pilihan lain yang harus dilakukannya selain terus bergerak ke hadapan.
Bersama pelbagai kelompok lain yang juga mempunyai kebimbangan yang sama seperti parti-parti politik pembangkang, NGO serta disertai oleh Tun Mahathir Mohamad, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir dan lain-lainnya, Muhyiddin sudah sewajarnya menggerakkan program jelajahnya ke seluruh negara mulai sekarang untuk terus menekan dan mengasak Najib secara konsisten dan tanpa henti.
Gerakkanlah kekuatan "berani kerana benar" yang selalu dilaung-laungkannya sehingga akhirnya bukan saja Najib dapat disingkirkan, bahkan yang lebih penting ialah impian mewujudkan sebuah negara baru dengan refomasi menyeluruh yang dicita-citakan itu.
Apatah lagi Rafizi Ramli sudah pun menghulurkan salam persahabatan kepadanya berikutan keinginan melakukan reformasi institusi itu. Dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim juga turut menyebut perkara yang sama.
Jika sekadar mengeluarkan kenyataan demi kenyataan saja, tetapi jasad tetap terkepung di bilik berhawa dingin yang selesa, percayalah bahawa Najib akan terus tersenyum meskipun dilabel sebagai diktator baru atau dicop dengan perlakuan jenayah sekali pun.
Muhyiddin, mulakanlah sekarang dan berhentilah sekadar berpencak di pentas media saja!! -shahbudindotcom

Rafizi alu-alukan Muhyiddin untuk bersama gerakan Reformasi
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengalu-alukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatannya sebagai timbalan presiden Umno, untuk bersama dengan 'gerakan Reformasi' bagi bekerjasama ke arah sebuah Malaysia yang lebih baik.
Dalam respons terhadap penggantungan Muhyiddin itu, Rafizi berkata Muhyiddin menekankan keperluan mengembalikan kebebasan dan integriti kepada institusi utama di negara ini.
"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak parti saya atau Pakatan Harapan. Saya tidak akan cuba bercakap bagi orang lain. Saya hanya boleh bercakap sebagai seorang aktivis reformasi yang telah bersama-sama dengan arus menuntut perubahan ini sejak 1998.
"Saya hulurkan persahabatan kepada sesiapa yang bersetuju dengan agenda reformasi," kata naib presiden PKR itu dalam satu kenyataan hari ini.
Keutamaan sekarang, tegas Rafizi ialah menjana kekuatan rakyat untuk menuntut reformasi yang menyeluruh dalam sistem sekarang yang menurutnya banyak "menindas".
"Saya alu-alukan Tan Sri Muhyiddin bersama-sama gerakan rakyat yang mahukan perubahan itu dan saya hulurkan persahabatan supaya semua pihak (tidak kira latar belakang) dapat menyumbang ke arah sebuah Malaysia baru yang adil dan saksama, yang meletakkan keadilan undang-undang mengatasi kepentingan peribadi," katanya.
Setiausaha agung PKR itu juga menyuarakan harapannya lebih ramai rakyat biasa memilih untuk berbuat sesuatu supaya boleh menukar Datuk Seri Najib Abdul Razak dan melantik seorang perdana menteri baru yang bertanggungjawab kepada rakyat di bawah satu sistem baru.
Malaysia, tegas Rafizi, di persimpangan yang unik dalam sejarah.
"Buat pertama kalinya, kita berada di kedudukan kritikal yang mana sebahagian rakyat kita, tidak kiralah apa latar belakangnya, sudah faham bahawa kita tidak lagi boleh menangguhkan perubahan dan reformasi," tambahnya.
Muhyiddin, dalam respons selepas digantung daripada jawatannya, telah menekankan perlunya perubahan di negara ini.
Kata Muhyiddin, Ia bukan sekadar mendesak perdana menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat.
Mulakan perubahan dari selatan Semenanjung, seru Amanah Johor
Isu penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno turut menarik perhatian Amanah Negeri Johor.
Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Johor, Aminolhuda Hassan mengajak rakyat Johor tanpa mengira fahaman politik dan kaum melakukan perubahan politik.
"Dengan semangat #BangsaJohor yang tertanam hebat dalam diri setiap rakyat Johor, dengan ini (saya) mengajak seluruh rakyat Johor tidak kira dari parti mana dan kaum apa untuk kita sama-sama buktikan bahawa Bangsa Johor bakal mengetuai gelombang perubahan rakyat!" ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Aminolhuda, sejarah negara menyaksikan tiga Timbalan Perdana Menteri dipecat dan digugurkan daripada jawatan iaitu Tun Musa Hitam yang berasal dari Segamat, Johor; Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh, Pulau Pinang) dan Muhyiddin (Pagoh, Johor).
"Dua sosok anak Johor (Musa Hitam dan Muhyiddin Yassin) ini menggambarkan betapa Bangsa Johor dilihat gah dalam kepimpinan negara. Kedua-duanya merupakan pemimpin yang berprinsip.
"Sungguhpun demikian, sejarah juga mencatatkan bagaimana dalam sebuah parti yang penuh dengan korupsi dan salah guna kuasa, hanya kerana dikatakan menegur presiden parti, mereka terus dikenakan tindakan.
"Adakah parti tersebut iaitu Umno langsung tidak mengiktiraf jasa dan pengorbanan tokoh ini khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibuang sebegitu rupa?" soal beliau.
Sehubungan itu, Aminolhuda mengajak Muhyiddin serta seluruh pemimpin Umno Johor untuk meninggalkan parti itu dan bersama rakyat melakukan perubahan politik.
"Saya percaya setiap daripada pemimpin Umno Johor mahu yang terbaik untuk seluruh Bangsa Johor," tegasnya.
Beliau turut menyeru Muhyiddin, para pemimpin Umno negeri dan seluruh rakyat Johor memulakan gelombang perubahan dari selatan tanah air.
"Dari tanah keramat Negeri Johor, dalam (usaha) membebaskan negara kita daripada segala permasalahan dan skandal dengan bersama Amanah sekaligus bergabung padu dengan Pakatan Harapan," katanya. -Malaysia Dateline
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.