`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 3, 2016

58 Orang Terlibat Ajaran Sesat Millah Abraham



KANGAR – Kumpulan ajaran sesat Millah Abraham dikesan giat merekrut pengikut dengan menyasarkan golongan muda, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial (E2) Bukit Aman Datuk Awaludin Jadid.

Beliau berkata kumpulan itu akan merekrut anggota melalui perjumpaan yang kononnya bersifat perbincangan perniagaan seperti skim tukaran mata wang asing (Forex).

Katanya, ajaran sesat itu antara ancaman yang polis kenal pasti pada ketika ini yang menggunakan jihad perang sebagai falsafah bagi mewujudkan ‘Daulah Islamiyah’ atau negara Islam di rantau ini.

“Pada peringkat awal kemunculan kumpulan itu pada 2004, pengikut Millah Abraham cuma 200 hingga 300 orang sahaja, tetapi sejak akhir-akhir ini pengikut ajaran itu semakin bertambah dan ini amat membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada seminar Islam dan Anti Terrorisme Peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Mess Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Awaludin berkata, ajaran sesat itu dikesan giat disebarkan di kawasan seperti Cheras, Kuala Lumpur dan Klang, Selangor. – BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.