`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 1, 2016

JANGAN2 SELEPAS INI, KLCC DAN PUTRAJAYA PUN NAJIB KATA BUKAN IDEA TUN M JUGA!!

Image result for najib

Tak tahu apa yang ada dalam fikiran Najib Razak atau bagaimana beliau berfikir sehingga terkeluar kata-kata daripada mulutnya bahawa Tun Mahathir Mohamad selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri telah gagal membangunkan pengangkutan awam dalam negara.

Ini adalah kali kedua Najib mengaitkan Tun Mahathir dalam ucapan rasminya  di mana sebelum ini turut mengatakan Proton mengalami campurtangan politik sehinggalah apabila bekas Perdana Menteri itu mengundurkan diri sebagai pengerusi, ia dianggap sebagai pengakhiran segala-galanya.

Dalam kes Proton, ia kemudian dijawab oleh Rafidah Aziz bahawa ketika era Tun Mahathir, ia bukanlah campurtangan politik, sebaliknya adalah canpurtangan kerajaan untuk memastikan kereta nasional itu sentiasa berkembang.

Najib tentu tahu, beliau adakah menteri ketika itu, demikian kata Rafidah.

Dalam kes pengangkutan awam pula, tidakkah Najib sedar bahawa LRT, Monorail, ERL, keretapi laju, bas yang lebih teratur dan sebahagian yang lain sudah dilaksanakan sejak zaman Tun Mahathir lagi dan beliau hanya menambah beberapa jajaran laluan, sama ada melalui MRT atau LRT sahaja?
Yang tidak melakukan apa-apa kepada sistem pengangkutan awam ialah Tun Abdullah Badawi.

Apakah Najib fikir dengan memperkenalkan MRT dan menambah beberapa laluan LRT sejak 2009 lalu, bermakna semua sistem pengangkutan awam negara ini adalah idea serta perancangannya seorang sahaja?

Di media sosial, ramai yang mentertawakan Najib berikutan dakwaannya terhadap Tun Mahathir itu sehingga ada yang menanyakan, apakah beliau kini sudah "biul" atau "tidak waras" lagi?

Hakikatnya, orang biasa pun sedar sumbangan dan peranan era Tun Mahathir dalam pengangkutan awam negara ini.

Jadi, bagaimana Najib tidak menyedarinya?

Sama seperti kes Proton, Najib juga adalah salah seorang menteri ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Menyalahkan Tun Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri, samalah seperti menyalahkan diri sendiri kerana Najib ada ruang untuk memberi sumbangan idea ketika mesyuarat mingguan kabinet diadakan.

Dengan berterusan cuba menyalahkan Tun Mahathir dalam Proton dan pengangkutan awam, selain mengasaknya dengan sekurang-kurangnya lapan kes penyiasatan polis dan menarik beberapa keistimewaan, apakah Najib sebenarnya semakin fobia dengan nama bekas Perdana Menteri itu?

Selepas ini, barangkali apa lagi serangan beliau kepada Tun Mahathir?

Harap-harap selepas ini tidaklah sampai Najib tergamak pula mengatakan KLCC, Putrajaya, KLIA dan lain-lain juga bukanlah idea Tun Mahathir atau menilainya sebagai suatu pembaziran kepada negara. 

Jika sampai begitu, mana Salleh Said Keruak atau Rahman Dahlan nak letak muka agaknya? (SH).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.