`
THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
Tuesday, July 5, 2016
Letupan Bom Di Luar Masjid Nabawi
Madinah: Dua anggota pasukan keselamatan Arab Saudi dilaporkan terbunuh angkara pengebom bunuh diri meletupkan bom di kawasan parkir berhampiran ibu pejabat pasukan keselamatan itu di luar Masjid Nabawi, di sini, pada Maghrib (waktu tempatan), Isnin.
Al-Arabiya melaporkan, beberapa kenderaan terbakar di kawasan berkenaan.
Susulan kejadian itu, kawasan berkenaan dikawal ketat pasukan keselamatan Arab Saudi.
Terdahulu, dua insiden letupan membabitkan pengebom bunuh diri berlaku di timur Qatif dan Jeddah pada sebelah petang. - hmetro
Astro Awani melaporkan : Satu letupan dipercayai angkara pengebom bunuh diri dilaporkan berlaku di luar perkarangan Masid Nabawi di Madinah Arab Saudi pada Isnin (waktu tempatan), lapor media tempatan negara itu.
Sebelum itu pada awal Isnin, dua pengebom bunuh diri meletupkan diri mereka di sebuah masjid di Qatif, kawasan persisiran pantai yang dikuasai pengikut Syiah.
Satu lagi kejadian letupan bom bunuh diri turut berlaku Isnin berhampiran konsulat Amerika Syarikat di Jeddah, mencedera dua anggota keselamatan.
Menurut laporan media tempatan, pengebom tersebut dipercayai sedang menuju ke arah sebuah masjid dengan kereta.
Pengebom itu mati di tempat kejadian dan setakat ini, tiada kematian mahupun kecederaan lain dilaporkan. - astroawani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.