`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 2, 2016

RAKYAT SEDANG MEMPROTES

DAP Pulau Pinang akhirnya berjaya mengumpul jumlah kutipan melebihi RM1 juta dalam tempoh kurang daripada 24 jam bagi menampung jumlah wang jaminan yang dikenakan kepada Lim Guan Eng yang kini sedang didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah.

Hanya dalam tempoh 21 jam selepas tabung tersebut dilancarkan, jumlah kutipan yang berjaya dikumpulkan ialah sebanyak RM1,009,000.

Melalui kutipan yang sudah melebihi sasaran itu, tabung itu kini dihentikan dengan serta merta.
Jika seorang pemimpin UMNO dan BN didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah misalnya dan tiba-tiba mahu mewujudkan tabung untuk mengumpulkan wang jaminan, bolehkah dibayangkan apa yang akan mereka perolehi agaknya?

Wang atau maki hamun?

Dengan kejayaan mengumpul lebih RM1 juta dalam tempoh 21 jam,  ia barangkali menjadi tabung yang paling pantas mendapat respon sumbangan daripada orangramai.

Apakah simboliknya?

Simboliknya tidak lain ialah menunjukkan betapa rakyat daripada pelbagai kaum secara umumnya menolak penangkapan serta pendakwaan terhadap Lim Guan Eng yang tidak terlindung dapat ditafsir sebagai lebih bermotif politik berbanding menegakkan keadilan.

Jika keadilan benar-benar ingin ditegakkan, Najiblah yang seharusnya lebih dahulu diambil tindakan, bukan saja seperti kata seorang pegawai SPRM sebelum ini bahawa kesnya adalah "straighforward", tetapi juga kerana jumlah wangnya adalah begitu besar.

Cara penahanan, jumlah wang jaminan yang dikenakan dan  Peguam Negara sendiri "mencemar duli" sebagai ketua pendakwaraya, dilihat oleh banyak pihak hanyalah bertujuan membesar-besarkan kes rasuah yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu bagi menjelmakan keuntungan politik  kepada UMNO dan BN serta untuk menutup isu-isu melibatkan Najib, 1MDB dan Jho Low.

Wang jaminan biasanya dikenakan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh dalam perbicaraan. Dalam kes Lim Guan Eng yang masih berjawatan Ketua Menteri dan Ahli Parlimen serta mempunyai kebarangkalian paling tipis untuk melarikan diri atau tidak hadir ke mahkamah, wang jaminan sepatutnya dikenakan tidaklah sehingga mencecah RM1 juta.

Melalui kutipan yang melebihi RM1 juta hanya dalam tempoh 21 jam, hasrat UMNO dan BN untuk mengutip laba politik daripada kes Lim Guan Eng jelas tidak kesampaian atau sudah layu di tengah jalan.

Sejak semalam, beberapa rakan Melayu saya turut menyatakan hasrat untuk turut menyumbang kepada tabung tersebut. Hasrat ingin menyumbang itu semata-mata kerana ingin memberi sokongan moral kepada Lim Guan Eng dan juga sebagai mesej menuntut keadilan yang sebenar-benarnya dalam konteks yang menyeluruh.

Simpati rakyat kini ternyata lebih memihak kepada Lim Guan Eng dan DAP. Bayangkan bagaimana simpati itu akan terus meningkat apabila perbicaraan bermula nanti, lebih-lebih lagi melihatkan bagaimana Apandi Ali berperanan sebagai ketua pendakwanya, sedangkan sebelum beliau seolah-olah menjadi "hakim" melepaskan Najib Razak daripada sebarang kesalahan berkaitan wang yang masuk ke dalam akaun peribadinya.

Dengan kes Lim Guan Eng ini, bukan saja Pulau Pinang menjadi lebih kukuh dalam cengkaman DAP, bahkan simpati dan sokongan kepada Pakatan Harapan juga tidak mustahil lebih membuak-buak ke seluruh negara. (SH).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.