`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 27, 2016

Anis Syafiqah Lebih Baik & Berani Dari Ulama Yang Bisu Terhadap 1MDB

Kenali Anis, pelajar 'biasa' yang mahu tangkap MO1 

Aktivis pelajar Anis Syafiqah Mohd Yusof mendapat perhatian kerana menjadi jurucakap bagi Gabungan Tangkap Malaysian Official One. 

Secara berseloroh, aktivis berusia 24 tahun itu menceritakan bagaimana dia menunggang skuter seorang diri dan sesat selama hampir satu jam ketika mahu ke pejabat Malaysiakini untuk di temubual. 

"Semalam saya tidur pada pukul 4 pagi," katanya - satu lagi malam yang panjang selepas dua minggu dia membuat penampilan awam, menghadiri sidang akhbar, temubual, pameran bergerak dan ditangkap menjelang perhimpunan # TangkapMO1 di Kuala Lumpur esok. 


Malah, kata Anis Syafiqah, dia tidak ada masa untuk melihat adik lelakinya yang berlepas ke Indonesia untuk melanjutkan pelajaran, atau meluangkan masa untuk bersama adik perempuannya yang baru pulang dari Jordan. 

Anak sulung daripada lima adik beradik ini tidak pernah membayangkan bahawa satu hari nanti dia akan mengetuai gerakan pelajar untuk mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Malaysian Official 1 - nama yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk mendapatkan kembali hampir AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan 1MDB. 

Mengimbau semasa dia di sekolah menengah, masanya dihabiskan belajar untuk menghafal al-Quran dan dia kemudian meneruskan pengajian di peringkat diploma dalam Pengajian al-Quran. 

Hanya secara kebetulan Anis Syafiqah akhirnya melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa dan Linguistik di Universiti Malaya - lubuk bersejarah aktivisme pelajar - kerana tawaran lain untuknya adalah kursus peringkat ijazah di sebuah lagi universiti tempatan. 

Cita-citanya adalah untuk menjadi pensyarah, bagi mengikut jejak langkah ibu bapanya yang kedua-duanya menjadi guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di Sungai Besar, Selangor. 

Sebagai seorang gadis remaja, Anis Syafiqah mengaitkan minatnya dalam isu-isu semasa dengan ayahnya, yang mengajar STPM peringkat Pengajian Am. 

Tetapi dia juga pantas menambah bahawa ayahnya selalu mengelak daripada doktrin politik partisan, walaupun pernah menjadi pemimpin cawangan sebuah parti Islam. 

Prinsip yang sama dipegang oleh Anis Syafiqah dalam peranannya sebagai pemimpin pelajar, dan juga apabila meyakinkan rakan-rakan pelajar dari institusi lain untuk bersatu dan menyokong perhimpunan esok. -mk 


Elak kaitkan agamawan dan ulama dengan isu politik

Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emiritius Datuk Dr Mahmood Zohdi Ab Majid mahu golongan agamawan dan ulama diberikan peluang untuk merapatkan jurang perbezaan pandangan politik tanpa membabitkan mereka dalam isu yang dibangkitkan antara parti politik dan kerajaan.

Beliau menasihati agar pemimpin politik tidak menuduh golongan agamawan dan ulama di negara ini, lebih gemar bersikap membisu atau menutup sebelah mata dalam isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Tidak kiralah ia golongan agamawan dan ulama dalam parti atau golongan agamawan dan ulama di luar parti, mereka ini jangan dikaitkan dalam perbalahan antara pemimpin politik dan pihak kerajaan.

"Selagi tuduhan dan andaian terhadap sesuatu isu seperti 1MDB itu masih lagi tidak jelas, adalah tidak sesuai seorang agamawan atau ulama membuat kenyataan bagi pihaknya, parti atau persatuan yang didokonginya," ujar beliau kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta pandangan mengenai kenyataan bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa semalam, dipetik berkata, isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dianggap sebagai 'jenayah agama' dikalangan golongan agamawan di negara ini dalam konteks berkerajaan.

Mahmood Zuhdi berkata, dalam al-quran umat Islam digalakkan untuk amalkan 'tabayyun' sebelum menyatakan sesuatu pendirian.

"Dalam quran juga mengalakkan kita melalui proses tabayyun. Kami sebenarnya tidak tahu siapa yang betul dan salah. Pihak pembangkang ada tuduhannya manakala pihak kerajan ada jawabannya pula menidakkan tuduhan.

"Secara umum kenyataan yang dibuat Husam itu tidak sesuai dengan keadaan sekarang, apabila ada usaha dikalangan agamawan dan ulama cuba untuk merapatkan jurang perbezaan pandangan politik ada pula kenyataan di media yang mahu melibatkan kami dalam isu politik.

"Misalnya dia mempertikaikan sikap agamawan dan ulama dalam Pas atau secara umum agamawan di negara ini, kurang bijaklah.

"Ini kerana tidak semua ulama dan agamawan tidak memandang serius kepada kes seperti itu tetapi dalam Islam selagi sesuatu tuduhan dan andaian tidak jelas, maka kita tidak boleh membuat kenyataan untuk memihak kepada sesiapa," ujarnya.

Justeru katanya, MDN yang mewakili golongan agamawan dan ulama yang sangat prihatin dengan perpaduan ummah rasa dukacita dengan 'tuduh menuduh' antara parti politik dengan pihak kerajaan yang berlaku hari ini.

"MDN amat berhati-hati untuk membuat sebarang kenyataan di media agar ia tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti politik atau kerajaan dalam isu seperti 1MDB ini.

"Kita tidak mahu menambahkan lagi kekeruhan hubungan antara pemimpin politik dan pihak kerajaan di negara kita dengan golongan agamawan dan ulama pula.

"Saya kalau boleh nak nasihatkan kepada para pemimpin politik supaya ambil peluang bulan haram ini- kendurkan ketegangan sesama kita.

"Bagilah peluang kepada agamawan dan ulama mainkan peranan mereka membaiki hubungan itu," ujarnya.

Mengulas mengenai pgrom #TangkapMO1 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini, ujarnya, ia satu perkembangan tidak sihat mutakhir ini.

"Ini perkembangan yang tidak sihat di negara kita perbalahan semakin hangat. Nasihat saya mereka perlu memandang belakang dan hadapan.

"Melihat kembali kepada sejarah perjuangan bersama dan masa depan generasi kita.

"Masa nak tuntut merdeka kita bersatu .Kita bersama bercakap tentang perpaduan dan pembangunan ummah tetapi hari ini kita berpecah begitu teruk.

"Ertinya kita telah menafikan sejarah perjuangan dan tidak membina kebangkitan umat untuk masa depan secara berpadu.

"Orang politik dalam negara kita banyak yang emosional jadi kurangkan emosi untuk tuduh menuduh dan serang menyerang.

"Soal nak tangkap ke... nak usir ke... itu rempah ratus emosi keegoan yang dipanggil 'super ego' dalam diri masing-masing dan syaitan sudah menenggek dalam keegoan masing-masing. Mereka kenalah beristigfar banyak kali...dengan pelbagai perbalahan politik yang berlaku, kesian rakyat jadi mangsa," ujarnya. 
-MD



ULASAN GB 

Ternyata sikap dan pendirian yang diambil oleh pelajar yang bernama Anis Syafiqah Mohd Yusof lebih menghampiri perjuangan rakyat daripada sikap yang diambil oleh beberapa ulama yang mengambil sikap berdiam diri terhadap kemungkaran dan kezaliman yang berlaku. 

Dr. Mahmood Zohdi menyatakan: "1MDB itu masih lagi tidak jelas" dan "dalam quran juga mengalakkan kita melaluiproses tabayyun. Kami sebenarnya tidak tahu siapa yang betul dan salah. 

Baik. Jika itu alasan ulama untuk membisu dan tidak campurtangan di dalam kes 1MDB, kita ingin bertanya, sudahkah ulama memulakan proses tabayyun itu atau sekadar hanya mendengar maklumat disuapkan melalui kenyataan-kenyataan pihak kerajaan khususnya Najib yang sepastinya beliau menafikan tuduhan terhadapnya?

Apa langkah yang telah dilakukan oleh ulama di dalam proses tabayyun yang diarahkan oleh Al-Quran itu atau sekadar hanya membelak-belek akhbar arus perdana yang dari awal sudah menampakkan sikap cuba untuk menutup skandal 1MDB tersebut apabila berita kenyataan dari dari Jabatan Kehakiman Amerika lansung tidak tersiar di akhbar tempatan? 

Pendirian Dr Mahmood tidak pelik kerana rupa-rupanya pertubuhan yang beliau ketuai iaitu Majlis Dakwah Negara (MDN) sedang beruaha untuk merapatkan jurang pemimpin politik dan pihak kerajaan di negara kita dengan golongan agamawan dan ulama. Ia menjadi alasan baginya untuk tidak turut campurtangan di dalam isu rompakan wang rakyat melalui 1MDB yang telah menyebabkan hutang negara kini meningkat sehingga hampir RM3 trillion serta pengenaan GST oleh kerajaan terhadap rakyat bagi menampung kerugian yang dicetuskan oleh 1MDB tersebut. 

Sikap agamawan dan ulama yang membisu terhadap skandal 1MDB adalah umpama membiarkan skandal itu terus berlaku, walhal jika agamawan dan ulama sudah melakukan tabayyun seawal dari pendedahan Anwar Ibrahim terhadap 1MDB pada tahun 2011 dahulu sudah pasti agmawan dan ulama yang cintakan kebenaran dan keadilan tidak akan bersuara seperti Dr. Mahmood Zuhdi itu. 


Sikap Dr Mahmood Zuhdi yang mengasingkankelompok politik dengan agamawan seperti seolah-olah pihak agamawan dan ulamak tidak ambil peduli hal-hal politik. Ia seperti doktrin pemisahan agama dan negara, pihak agamawan dengan hal agamanya, pihak politikus dengan hal negara. Katanya jangan ditimbulkan kekeruhan di antara keduanya. 

GB tertarik dengan tulisan Dr. Muhaimin Sulam: 
Dan hari-hari mendatang pasti tempat itu sungguh menyenangkan saya. Kerana masih ada anak muda mahu bersuara sedangkan masih ada si tua yang sendat otaknya untuk bergerak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.