`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 11, 2016

VIDEO: Wanita Terberanak Tepi Highway

SEORANG wanita tanpa diduga ‘terberanak’ di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway (LATAR) berhampiran Plaza Tol Kuang East, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10.12 pagi itu, wanita tersebut dikatakan berjaya melahirkan anak lelaki dalam kereta tanpa bantuan daripada pihak profesional seperti doktor atau jururawat.

Secara kebetulan, kejadian itu hanya disedari oleh pekerja lebuh raya berkenaan yang bertindak menghulurkan bantuan kecemasan kepada ibu tersebut.

Pekerja itu kemudian segera menghubungi ambulans yang tiba beberapa minit kemudian.

Berikutan itu, kedua-dua ibu dan anak tersebut telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh kira-kira pukul 10.47 pagi.

Difahamkan, mereka berada dalam keadaan selamat. – MYNEWSHUB.CC



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.