`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 29, 2017

Permintaan baju tradisi Sabah meningkat menjelang Pesta Kaamatan

Kemuncak sambutan Pesta Kaamatan adalah pada 30 dan 31 Mei di mana setiap orang menggayakan busana tradisional mengikut suku kaum masing-masing.
pesta-kaamatanfmt-ohsem-inside-article1Mata lelaki berketinggian sederhana ini merenung tajam kain baldu berwarna hitam yang direntangkannya di atas meja. Setelah yakin dengan ukuran, Mohd Azrul Fildza Abdullah, 41, dengan penuh teliti memotong kain mengikut saiz ditetapkan pada nota buku kecilnya itu.

Sebaik selesai, beberapa helaian renda berwarna merah dan kuning dijahit tangan pada bahagian tertentu baju. Sedikit pun tidak kekok, malah jari-jemari lelaki berketurunan suku kaum Kadazan ini begitu mahir bermain teknik jahitan sehingga menyerlahkan lagi kekemasan dan kreativiti tersendiri busana berona hitam itu.
“Sekarang ini agak sibuk kerana menyiapkan tempahan baju tradisi Sabah sempena pesta Kaamatan. Tempahan diterima sejak bulan April hingga pertengahan Mei. Sekarang ini, kami sudah tidak lagi menerima tempahan kerana jahitan baju ini memerlukan ketelitian tinggi.
“Ini kerana, ada baju tradisi suku kaum tertentu agak sukar membuatnya dan mengambil masa 2 atau 3 bulan hanya untuk siapkan sehelai baju,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedainya di Pekan Keningau, kira-kira 200 kilometer dari bandar Kota Kinabalu.
Sambutan Pesta Kaamatan diberi keutamaan
Biarpun agak jauh dari bandar dan mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan ke pekan ini, Azma Trading, gabungan nama kedai milik lelaki ini bersama isterinya, Fatma Zainal, 36, menjadi antara pilihan utama masyarakat Sabah mendapatkan busana tradisi sempena pesta Kaamatan.
Disambut sebagai antara perayaan penting di Sabah bagi mengiktiraf budaya tradisi masyarakat suku kaum Kadazandusun, Murut dan Rungus, pesta Kaamatan adalah perayaan khas untuk menghormati semangat padi.
Ia diraikan selepas selesai menuai padi, turut dikenali sebagai Tadau Kaamatan atau ‘Magavau’ dalam bahasa Kadazan, disambut sepanjang bulan Mei di mana seluruh daerah di Sabah akan mengadakan pesta ini di tempat masing-masing terlebih dahulu.
Kemuncaknya, adalah pada 30 dan 31 Mei di mana setiap daripada mereka akan menggayakan busana tradisional mengikut suku kaum masing-masing dan berkumpul di dewan Hongkod Koisaan Kadazandusun Cultural Association (KDCA).
“Pelanggan saya bukan hanya sekitar Sabah tetapi juga semenanjung dan masyarakat negeri ini yang menetap di luar negara. Ada beberapa pelanggan kami yang bekerja di luar negara seperti Jepun, Australia memesan baju tradisi dengan kami melalui Facebook dan Instagram (azmatrading) untuk mereka menggayakannya di sana
“Kalau baju Kadazan Penampang atau juga dikenali sinombiaka, kami boleh siapkan 3 hingga 3 pasang sehari kerana ia tidak susah. Hanya jahit renda warna emas dan merah pada baju. Tetapi, baju Dusun Tindal Kota Belud ambil masa 2-3 bulan kerana melibatkan sulaman motif,” kata Mohd Azrul Fildza.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata baju tradisi Dusun Tindal Kota Belud lebih ‘meriah rekaannya’ kerana hampir keseluruhan besar busana itu dihiasi dengan labuci berwarna merah, kuning dan butang berwarna emas pada baju.
Selain itu, motif berbentuk ubi kayu yang dikenali sebagai ‘linangkit’ akan disulam di lengan kiri dan kanan busana tradisi ini dan itu antara sebab mengapa ia perlu ditempah lebih awal.
Rekaan baju berbeza bagi setiap suku Sabah
Kebanyakan busana tradisi di Sabah berwarna hitam kerana dipercayai lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang dapat melindungi si pemakai daripada makhluk halus yang jahat. Manakala, ada sesetengah pihak mengatakan penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semula jadi pada zaman itu.
Disebabkan itu, bapa kepada 5 orang anak ini berkata ada yang beranggapan busana tradisional berona hitam ini hanya digayakan oleh suku kaum Kadazan dan Dusun sahaja kerana ia sinonim dipakai mereka ketika pesta Kaamatan.
Malah, ada juga yang mempunyai persepsi motif pada setiap pakaian itu adalah sama. Walhal, negeri Sabah yang mempunyai lebih daripada 30 suku kaum ini sebenarnya sangat kaya dengan keunikan budaya dan warisan tersendiri termasuklah dari segi pakaian tradisional.
“Setiap daripada suku kaum ini mempunyai pakaian tradisi tersendiri yang melambangkan identiti mereka. Ia berbeza antara satu sama lain, bergantung daerah dan suku kaum mana. Ramai keliru kerana kebanyakan baju tradisi suku kaum di Sabah berwarna hitam.
“Sebenarnya, persamaan setiap baju tradisi Sabah hanyalah 3 benda sahaja iaitu fabrik hitam, renda merah dan emas. Yang membezakannya, terletak pada motif, penggunaan bahan seperti manik dan labuci serta potongan baju,” katanya.
Sering terjadi dalam kalangan generasi muda di Sabah kerana tidak tahu asal usul sejarah baju ini, beliau mengambil inisiatif menanyakan pelanggan terlebih dahulu baju suku kaum mana yang ingin dibeli mereka supaya tidak berlaku kesilapan.
Ini kerana, suku kaum Kadazan, Dusun dan Murut yang menyambut pesta Kaamatan pun terbahagi kepada banyak cabang sub etnik. Misalnya, pakaian tradisi Dusun Lotud di daerah Tuaran adalah berbeza dengan Dusun Liwan di Tambunan.
Khidmat sewa baju untuk RM80
“Baju Dusun Lotud Tuaran penuh dengan motif segi 3 yang dijahit menggunakan manik berwarna putih, penggunaan butang warna emas sebesar syiling 50 sen dan ada sulaman di skirt (bagi yang perempuan).
“Manakala, baju Dusun Liwan langsung tidak mempunyai manik mahupun labuci tetapi dihiasi dengan himpogot (perhiasan berupa tali pinggang diperbuat daripada syiling)”, katanya.
Tidak mempunyai pekerja, kedai jahitan busana tradisional suami isteri ini yang berkeluasan 450 kaki persegi turut kelihatan beberapa helaian busana tradisional yang digantung kemas untuk dijual kepada pelanggan.
Selain itu, aksesori seperti himpogot, sigar, topi Murut dan tangkong (aksesori diperbuat daripada biji tembaga) yang menjadi antara perhiasan wajib sewaktu menggayakan pakaian tradisional itu turut dipamerkan dalam satu ruang kaca khas di kedai ini.
Menurut Mohd Azrul Fildza, Azma Trading ada menjual busana yang sudah siap mengikut saiz standard bagi mereka yang tidak sempat menempah baju tradisi sempena pesta Kaamatan.
Dijual pada harga bermula RM300 sehingga RM2000, penentuan harga bergantung kepada pakaian suku kaum, kesukaran dan bahan yang digunakan.
“Kami menggunakan kain baldu berkualiti tinggi yang tahan lama dan lasak. Harga boleh dirunding, malah ada pelanggan memberitahu harga kami lebih murah berbanding kedai baju tradisi Sabah lain.
“Selain itu, kami juga ada buat perkhidmatan sewa baju dan aksesori. Untuk sewa, harganya adalah RM80,” katanya.
Jahit baju tradisi Sabah secara kebetulan sahaja
Busana tradisional hasilan suami isteri ini amat kemas dan mungkin ada tidak menyangka mereka sebelum ini langsung tidak pandai menjahit. Namun, semangat Fatma untuk belajar menjahit di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kluang, Johor semasa mengikuti suaminya berkhidmat sebagai tentera di sana, banyak membantu meningkatkan pendapatan mereka.
“Isteri saya belajar menjahit pada tahun 2010 sehingga 2012 kerana ingin buat baju kurung untuk kami sekeluarga. Tidak sangka pula ada yang ingin tempah dan kebetulan ada seorang cikgu tadika minta isteri saya jahitkan baju tradisi Sabah untuk persembahan.
“Dia memang tidak pandai tetapi cikgu itu tetap minta tolong. Nasib baik, isteri ada baju Kadazan miliknya yang dipakai ketika majlis tentera. Selepas diteliti, ia sebenarnya seperti baju kebaya.
“Dia berjaya menyiapkannya dan baju itu menjadi buah mulut ramai dan kami mula mendapat tempahan. Sejak itu, kami fokus baju tradisi Sabah dan pada masa sama saya juga belajar menjahitnya,” katanya yang membuka kedai di Pekan Keningau pada 2015 selepas diarahkan berpindah ke Sabah pada 2014.
Hanya tinggal setahun setengah perkhidmatan, Mohd Azrul Fildza berkata beliau dan isterinya ada mempunyai perancangan untuk menjual secara borong selepas bersara nanti.
“Ketika ini, hanya isteri saya yang ada setiap masa di kedai. Saya hanya menjahit pada hari minggu kerana tidak mahu ganggu waktu kerja. Selepas ini, saya akan besarkan lagi perniagaan ini dengan melantik ejen,” katanya. -FMT

3 comments:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete
  2. Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
    dan alhamdulillah saya dapat Rp.630.000.000.00 juta dan semua ini
    berkat bantuan angka dari AKI MANGKUBONO
    karena cuma beliaulah yang memberikan angka
    ghoibnya yang di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 200 ribu karna
    saya gak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya gak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angkanya karna 2X berturut-turut saya menang
    buat anda yang butuh angka 2d 3d 4d dijamin tembus
    hubungi di nomor hp: 085203333887 AKI MANGKUBONO
    saya jamin beliau akan membantu kesusahan
    anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih
    https://tanparumusan.blogspot.co.id/
    INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP AKI MANGKUBUNO NMR (_0_8_5_2_0_3_3_3_3_8_8_7) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 2×

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
      benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
      dan alhamdulillah saya dapat Rp.630.000.000.00 juta dan semua ini
      berkat bantuan angka dari AKI MANGKUBONO
      karena cuma beliaulah yang memberikan angka
      ghoibnya yang di jamin 100% tembus awal saya
      bergabung hanya memasang 200 ribu karna
      saya gak terlalu percaya ternyatah benar-benar
      tembus dan kini saya gak ragu-ragu lagi untuk memasang
      angkanya karna 2X berturut-turut saya menang
      buat anda yang butuh angka 2d 3d 4d dijamin tembus
      hubungi di nomor hp: 085203333887 AKI MANGKUBONO
      saya jamin beliau akan membantu kesusahan
      anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih
      https://tanparumusan.blogspot.co.id/
      INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP AKI MANGKUBUNO NMR (_0_8_5_2_0_3_3_3_3_8_8_7) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 2×

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.