`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 2, 2019

APAKAH TUN MAHATHIR MAHU MEMUFLISKAN NAJIB?

Sejak pagi tadi lagi perbualan umum menjadi hangat di mana-mana berhubung berita tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN agar Najib Razak membayar cukai sebanyak RM1.5 bilion.
Menurut LHDN, Najib belum mengisytiharkan pendapatan berjumlah kira-kira RM4 bilion, termasuk derma RM2.6 bilion yang didakwa diterimanya daripada lencongan wang 1MDB.
Najib bagaimanapun bertegas mengatakan wang RM2.6 bilion itu adalah derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi kepadanya bagi pihak UMNO.
Menurut sumber, tanpa mengambil kira sama ada wang itu merupakan wang curi atau derma, ia masih dianggap boleh dikenakan cukai dan adalah menjadi suatu kesalahan apabila tidak mengisytiharkannya sebagai pendapatan.
Dengan itu, cukai yang perlu dibayar okeh Najib kepada LHDN ialah sebanyak RM1.5 bilion.
Apa yang menjadi bualan dan percakapan ramai ialah tuntutan LHDN ini hanya datang kepada Najib menjelang dua hari sebelum perbicaraannya berkaitan SRC International pada Rabu ini.
Apakah ini suatu kebetulan atau sengaja dirancang untuk memberi tekanan kepada Najib?
Dalam reaksinya sebentar tadi, Najib mempertahankan bahawa beliau tidak tertakluk untuk memenuhi tuntutan LHDN itu kerana derma adalah dikecualikan daripada cukai.
Najib turut menyebut bahawa di bawah undang-undang percukaian, pendapatan yang diperolehi daripada negara luar adalah tidak dikenakan cukai.
Dengan gambaran ini, adalah jelas bahawa Najib tidak bersedia untuk membayar cukai RM1.5 bilion yang dituntut LHDN itu dan mungkin akan membawa ke mahkamah berhubung berkenaan dengannya.
Secara logiknya juga, sesiapa pun yang dikenakan cukai sebanyak itu tidak mungkin sedia untuk membayarnya serta akan berusaha sedaya mungkin melawannya.
RM1.5 bilion atau RM1,500 juta bukan sikit duit untuk semudah itu diberikan oleh seseorang kepada pihak lain.
Ramai yang barangkali lebih sedia diisytiharkan muflis atau bankrap daripada membayar sebanyak RM1.5 bilion.
Dalam kes ini, sementara Najib mungkin akan melawannya melalui proses undang-undang, persoalan lain yang menjadi tanda-tanya ialah apakah tujuan kerajaan Malaysia Baru pimpinan Tun Mahathir melalui LHDN mengemukakan tuntutan itu kepada Najib?
Adakah kerana mahu wang sebanyak RM1.5 bilion itu atau bertujuan untuk memufliskan Najib dan menjadikan kehidupannya sengsara?
Tidak cukuplah dengan tindakan menahan passport dan mendakwa beliau dengan himpunan 39 pertuduhan mahkamah setakat ini?
Apakah permusuhan politik Tun Mahathir dan Najib ini bukan sekadar mahu diakhiri dengan pemenjaraan saja, tetapi juga sehingga memufliskannya untuk sepanjang kehidupan nanti?
Begitukah?
Atau mungkinkah tindakan yang dilihat keterlaluan ini hanya akan mencetuskan lebih rasa simpati rakyat kepada Najib akhirnya?
-https://shahbudindotcom.net

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.