`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 30, 2019

Untuk Fahaman Menteri Kabinet - Apa Maksud Tax Payers Funds ?

Dari zaman dulu (Idria Jala) sampai sekarang masih ada Menteri keliru berkenaan apa itu taxpayers funds atau "wang rakyat".

Mula sekali sila dengar ucapan (dua minit sahaja) mendiang Margaret Thatcher bekas Perdana Menteri Britain (daripada tahun 1990an) berkenaan  apa itu "tax payers funds":



Link :  https://youtu.be/xvz8tg4MVpA

Pendek kata, sesebuah kerajaan negara (negara demokrasi, monarchy, komunis, dictator atau apa jenis kerajaan pun)  langsung tidak mempunyai wang atau dana sendiri.  

Semua wang, dana, asset, harta "dalam pegangan kerajaan" adalah kepunyaan rakyat sesebuah negara itu. Dan dalam system kita (kerajaan berdemokrasi) semua wang, dana, asset dan harta "kerajaan" adalah kepunyaan rakyat yang membayar cukai.

Semua rakyat negara kita membayar cukai kepada kerajaan. Tidak ada manusia yang bebas daripada bayaran cukai. Ada yang bayar lebih banyak cukai, ada yang membayar cukai yang sedikit tetapi semua rakyat turut membayar cukai.  

Dan cukai ini tidak semestinya disebut "cukai". Contohnya bayaran pembaharuan lesen kereta, pembayaran untuk paspot, pembayaran untuk apa jenis permit pun, duti impot, bayar kastam, pembayaran sebarang jenis yuran di sekolah - semua itu adalah termasuk "cukai".  

Untuk fahaman yang lebih mudah - lets keep it simple - cukai maksudnya kena bayar duit.  Itu saja.   'Cukai' hanya nama sahaja.  
  • Sebab itulah jabatan yang berkenaan TIDAK menggunakan nama 'Jabatan Kutip Cukai'. 
  • Sebaliknya jabatan yang mengutip cukai (yang terbanyak) dipanggil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Internal Revenue Department.   
  • Mereka tidak menggunakan perkataan cukai. Mereka sebut 'hasil dalam negeri'.

Untuk lebih memfokuskan tanggung jawab mereka saya cadangkan lebih elok LHDN tukar nama menjadi 'Jabatan Mengambil Duit Rakyat'. 

Sebab itulah apa yang mereka lakukan sebenarnya - mengambil duit rakyat.

Berbalik kepada para Menteri Kabinet, saya harap mereka akan faham apa yang disebut mendiang Margaret Thatcher dalam video di atas.

Kerajaan tidak mempunyai satu sen pun duitnya sendiri.

Segala wang dan ringgit dalam pegangan kerajaan adalah duit pembayar cukai.

Segala wang yang dipinjam oleh kerajaan daripada sumber luar - menerusi pinjaman bond, pinjaman daripada IMF, World Bank, pinjaman daripada kerajaan asing (Jepun, China dsbnya) semua itu dengan serta merta menjadi bebanan dan tanggung jawab rakyat pembayar cukai.

Sebab segala hutang kerajaan itu akan dibayar balik daripada kutipan duit (atau nama samaran kutipan cukai dan hasil) daripada rakyat pada masa yang akan datang. 

Bukan saja semua duit yang ada dalam pegangan kerajaan itu adalah duit kepunyaan rakyat pembayar cukai tetapi segala duit hutang yang dipinjam oleh kerajaan (daripada IMF, World Bank, menerusi pinjaman bond) dengan serta merta terpaksa digalas dan dipikul oleh rakyat pembayar cukai.

Katakanlah kerajaan telah meminjam duit RM20 billion menerusi 1MDB bond (yang sekarang menjadi kes penipuan terbesar) dan hutang 1MDB bond itu perlu dibayar balik dalam tempoh 20 tahun. 

Ini bermaksud rakyat negara kita terpaksa membayar duit kepada Jabatan Mengambil Duit Rakyat (aka Lembaga Hasil Dalam Negeri) selama 20 tahun untuk menutup balik hutang RM20 billion  itu.

Akhir kalam, rakyat pembayar cukai juga yang akan membayar balik hutang itu. Maksudnya kerajaan tidak mempunyai satu sen pun duit sendiri untuk membayar balik hutang.  

Begitu juga modal yang dilabur dalam syarikat GLC. Atau modal yang diberi kepada agensi kerajaan.  Semua modal itu adalah duit rakyat pembayar cukai. Dan oleh itu semua keuntungan dan kerugian adalah tanggungjawab dan tanggungan rakyat pembayar cukai.

Sebagai contoh, katakanlah kerajaan mengambil sebanyak duit rakyat dan disalurkan sebagai modal permulaan untuk menubuhkan syarikat kerajaan atau agensi kerajaan seperti :

1. MAS (Malaysian Airlines)
2. Proton
3. Petronas
4. Tabung Haji  

Kemudian MAS dan Proton mengalami kerugian besar. 
Siapa pula yang tanggung kerugian itu? 
Jawapannya : Rakyat pembayar cukai. 

Bukan Menteri, bukan Perdana Menteri atau Chairman Ahli Lembaga Pengarah. 

Apabila MAS perlukan bailout, kerajaan telah menggunakan lagi banyak duit pembayar cukai untuk memberi balik nyawa kepada MAS.

Apabila Proton rugi besar, kerajaan telah menggunakan lagi banyak duit rakyat pembayar cukai untuk menyelamatkan Proton.

Apabila Petronas untung besar pula, Petronas bayar cukai dan dividen kepada Jabatan Mengambil Duit Rakyat juga (aka LHDN).  Segala duit untung dan duit dividen Petronas itu adalah duit rakyat juga.  Jangan lupa bahawa duit rakyat yang telah digunakan sebagai modal permulaan untuk menubuhkan syarikat Petronas. 

Esok (kalaulah Petronas mengalami kerugian) maka sekali lagi kerajaan akan menggunakan duit rakyat juga untuk bail out Petronas. Serupa dengan bail out Proton, MAS, Tabung Haji dsbnya. Kerajaan tidak akan menggunakan duit Menteri atau duit Perdana Menteri untuk bailout syarikat kepunyaan kerajaan.

Sekarang apabila Tabung Haji mengalami kecurian / ketirisan / kebocoran dan Tabung Haji terpaksa di bail out dengan duit besar RM6 Billion - itu pun adalah daripada duit rakyat pembayar cukai. Bukan duit Menteri atau duit Perdana Menteri.

Pendek kata tuan-tuan, kerajaan langsung tidak mempunyai duit sendiri. 
Setiap sen duit yang dibelanja oleh kerajaan adalah duit rakyat pembayar cukai.

Sila dengar sekali lagi apa yang disebut oleh Margaret Thatcher dalam video itu.
Bagi saya hujah mendiang Thatcher itu adalah kata-kata keramat dan suci.
Islamlah kita.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.