`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, September 2, 2020

8 tahanan di Sabah positif Covid-19

Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, IPD Lahad Datu tidak mengambil tahanan baru buat masa ini, manakala tahanan di daerah itu akan ditempatkan di lokap balai polis berdekatan.
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali berkata, 8 tahanan di negeri itu dikesan positif Covid-19 setakat ini.
“Lima daripada mereka kini ditempatkan di lokap IPD Lahad Datu, manakala 3 lagi di Penjara Tawau,” katanya ringkas.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, kluster baru dikenali sebagai kluster Benteng dikesan hasil saringan ke atas tahanan baru di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, 76 pegawai dan anggota polis yang bertugas di IPD Lahad Datu serta ahli keluarga mereka sudah menjalani ujian saringan Covid-19.
Daripada jumlah itu, keputusan ujian awal 4 pegawai, 30 anggota dan 42 ahli keluarga negatif.
Beliau berkata, mereka semua sedang menjalani kuarantin di rumah susulan pengesanan kluster Benteng di IPD itu.
“IPD Lahad Datu masih beroperasi seperti biasa dan proses sanitasi awam telah dibuat,” katanya kepada Bernama hari ini.
Buat masa ini, katanya, IPD Lahad Datu tidak mengambil tahanan baru, manakala tahanan di daerah itu akan ditempatkan di lokap balai polis berdekatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.