1. Cadangan Putra
https://www.yahoo.com/amphtml/back-disputed-raub-farmlands-them-064625031.html
Parti Putra Pekasam (Putra) urged Pahang govt to gazette land as Malay reserves
doing so could reverse diminishing Malay reserve land
“these 4,400 hectares be converted into Malay reserve land
given maybe to army veterans or whoever is qualified
We do not want them just evicted, but action taken against them
Musang King farmers cried foul, accusing state of unfair treatment
now that Musang King has become money spinner
their removal from the land they have been cultivating for decades
My comments :
Mula Putra kata jangan saja halau keluar farmer Musang King tetapi mesti ambil tindakan tegas terhadap mereka. Mereka patut dihukum atas kesalahan.
"We do not want them just evicted, but action taken against them"
Lepas itu Putra mahu tanah dusun itu (with all the pokok and all the juicy durians) di convert jadi tanah rizab Melayu dan diagih-agih kepada veteran tentera.
First of all (No 1) ini bermaksud bahawa pokok durian tidak bersalah bila ditanam atas tanah kerajaan.
No. 2 pokok durian itu pun tidak bersalah bila pokok itu hasilkan buah durian Musang King yang lebat, sedap dan boleh dijual dengan harga yang mahal.
No. 3 Tanah kerajaan itu pun tidak bersalah apabila ditanam pokok durian di atasnya.
Kesalahan hanya terjadi bila melihat kepada identiti si petani atau farmer yang tanam pokok Musang King itu. Jika farmer itu adalah Cina maka segala dosa besar, dosa kecil, kesalahan, kesilapan dan JENAYAH sekali harus dimuatnaik (upload) atas bahu farmer Cina itu. Mereka memang bersalah.
Tetapi pokok sudah jadi besar dan sihat, subur dan cantik.
Buahnya lebat dan sedap. Sangat berhasil. Dan berharga.
Pokok tidak bersalah. Tanah pun tidak bersalah.
Jadi putihkan saja keadaan daripada bersalah menjadi tidak bersalah.
Tukar status tanah menjadi halal.
Kemudian agih tanah halal (siap dengan pokok Musang King hasil kerja farmer Cina) kepada veteran tentera yang layak.
Jadi farmer Cina yang tanam pokok durian perlu diambil tindakan.
Veteran pula boleh makan buah daripada pokok yang ditanam tadi.
Dan bagaimana pula dengan syarikat Royal Pahang Durian?
Mereka pun sudah diberi leasehold 30 tahun oleh Kerajaan Negeri.
Apakah mereka akan setuju leasehold mereka diagih-agih kepada veteran tentera?
Dari kecil lagi saya pun tahu rahsia pokok durian.
Bila banyak tupai melompat-lompat, maksudnya buah sudah jadi.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.