`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 8, 2020

Mahkamah Rayuan sambung pendengaran kes bubar DUN Sabah

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan tengah hari tadi menyambung semula pendengaran rayuan kes berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai lalu.
Panel 3 hakim dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil mula mendengar rayuan itu semalam dan terpaksa menangguhkan ke hari ini selepas mendengar sebahagian daripada hujahan sehingga petang semalam.
Dua anggota panel hakim tersebut ialah Abu Bakar Jais dan Supang Lian.
Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman dan 32 Adun merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar keputusan Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin, membubarkan DUN.
Mahkamah sedang mendengar hujahan daripada peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, mewakili 33 Adun berkenaan; Peguam Besar Sabah, Brenndon Keith Soh, mewakili Juhar; dan Cyrus Das mewakili Ketua Menteri Shafie Apdal dan kerajaan negeri.
Firoz menyelesaikan hujahannya semalam manakala Das akan menyambung hujahannya hari ini.
Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Berikutan pembubaran DUN Sabah, SPR menetapkan 12 Sept ini sebagai tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian pada 26 Sept. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.