`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 17, 2020

Perak Corp Bhd Dekat Bankrap, Rakyat Marhaen Di Perak Dapat Apa?




IPOH, Sept 15 — Parti Putra VP Hamidah Osman revealed Perak Corp Bhd (PCB), which holds 60% Perak State Development Corporation’s (PKNP) assets in midst of winding up operations
Hamidah said PCB dragged to court several times after defaulted loans from banks
  • PCB borrowed RM520m from banks 
  • to invest in Movie Animation Park Studios (MAPS) 
  • additional RM200m  borrowed to pay contractors
  • All these loans in default
  • group’s total assets RM742.273m, total liability RM751.361m she said
  • state govt kept matter secret, hid it from public she added.
  • in 2012 PCB had cash of RM200m and assets RM1.2 billion
  • including 243 hectares land in Meru Raya, 243 hectares in other areas 
  • now group cash balance RM27,806 and lost half asset value she said

Hamidah said PCB has until Oct 23 to settle debt or go into receivership
High Court granted 90 days from July 23 to comprise with creditors
If receivership then MAPS, Hotel Casaurina Meru, Lumut Port, lands will be auctioned
discussions between state and foreign investors on selling Lumut Port she added
Hamidah said loans borrowed during BN administration 
She questioned why MB Faizal decided to kept mum 
we need support from federal as matter is out of our hands
state will lose valuable assets she said
MB Faizal said PCB is currently under PN17 
(OSTB :  PN17 stands for Practice Note 17/2005 and is issued by Bursa Malaysia; relating to companies that are in financial distress. Companies that fall within the definition of PN17 will need to submit their proposal to the Approving Authority to restructure and revive the company in order to maintain the listing status.)
We already have plans to solve problems in PCB
We are not selling Lumut Port. We will find ways to bring PCB out from PN17 he said
The information shared by Hamidah on PCB is not accurate
I don’t know where she obtained details about selling Lumut Port  he added
My comments :
Perak adalah negeri kelahiran saya.  Pada zaman persekolahan saya Perak adalah negeri yang terkaya di Malaysia.  Ipoh pernah dikenali sebagai bandaraya yang mempunyai "most number of millionaires per square mile".  Pada masa itu Malaysia adalah pengekspot timah yang terbesar di dunia dan Perak adalah negeri pengeluar bijeh timah yang terbesar di Malaysia. 
Tetapi sejak tahun 90an ekonomi Perak merosot dan industri perlombongan bijeh timah hilang sama sekali.  Timah atau tin yang digunakan untuk membuat  tin cans bagi industri makanan dan minuman ringan di pasaran dunia telah diganti oleh aluminium dan plastik. Terutama sekali apabila industri minuman ringan (Coca Cola, Pepsi dsbnya) menggunakan aluminium cans sepenuhnya. Jadi kehilangan industri timah bukan salah negeri Perak. 
Zaman sudah berubah dan teknoloji pun makin berubah dengan begitu pesat. Malangnya negeri Perak tidak berubah mengikut zaman dan Perak juga ketinggalan dalam bidang teknoloji. 
GDP negeri Perak sekarang menduduki tangga nombor TUJUH dibandingkan dengan negeri lain dalam negara kita.  (Berikut adalah carta daripada Jabatan Statistik Negara (2018).

Dari segi per capita GDP pula Perak menduduki tempat nombor SEBELAS (11)  jika diambil kira Kuala Lumpur dan Labuan. Excluding Kuala Lumpur dan Labuan maka Perak menduduki nombor SEMBILAN (daripada 13 negeri).



Jadi Perak menjadi FIFTH POOREST State mengikut per capita GDP (2018).
Masalah besar bagi Perak dari dulu sampai sekarang adalah pimpinan kerajaan Negeri yang tidak kreatif.  Pimpinan kerajaan negeri adalah lembap.
Saya pernah mewakili sebuah syarikat pelabur yang ingin membuka industri 'waste recycling' di Ipoh.  Syarikat itu mempunyai idea yang bagus juga ia itu syarikat itu akan mengambil semua buangan sampah (garbage) dari bandaraya Ipoh dan sanggup menanggung kos kutipan sampah. Mereka cadang untuk proses sampah itu di  recycle pelbagai logam, plastik dan kaca untuk pasaran tempatan dan ekspot. Saya hubungi sahabat saya yang menjadi MB Perak pada masa itu dan dijemput  menyampaikan taklimat kepada Menteri Besar. Tetapi selepas itu 'nothing happened'. 
Saya masih ingat sewaktu menyampaikan taklimat kepada Menteri Besar beliau berkata :
"Perak is a very big garden, everyone is welcome to eat from this garden".  
Saya pun kurang jelas apa yang dimaksudkan dengan kenyataan seperti itu. Tujuan syarikat itu bukan untuk 'makan' apa pun. Hanya ingin melabur duit di negeri Perak. Syarikat itu sanggup melabur duit sendiri. Mereka tidak meminta sebarang duit kerajaan atau bantuan daripada kerajaan Perak.  Mereka mahu majukan industri baru (waste recycling) yang juga  boleh meringankan beban Majlis Perbandaran Ipoh  menguruskan kutipan dan pembuangan sampah.  A win win situation.   
Dan pihak syarikat pula yang kena tanggung semua risiko sebab tidak ada jaminan 100% bahawa syarikat itu boleh mendapat untung pun. Mereka perlu membina kilang, mengurus "sampah", memproses sampah, recycle bahan yang berguna, menjaga pencemaran, meneroka pasaran ekspot dan menangani pelbagai cabaran untuk menjayakan bisnes mereka yang semuanya menanggung risiko besar.  
Tuan-tuan jangan salah faham. Bukan maksud saya bahawa cadangan itu harus diterima sebulat suara
Tetapi pihak Kerajaan negeri telah mengambil cara "total silence". Mereka tidak memberi sebarang jawapan balas atau tindakan selanjutnya. Surat "dukacita" pun tidak ada. Pegawai yang terlibat lebih bersikap "I am doing you a favour".  Maka syarikat pelabur itu pun give up.     
Tetapi mengikut berita Malay Mail di atas pula  
  • Perak Corp Bhd borrowed RM520m from banks 
  • to invest in Movie Animation Park Studios (MAPS) 
Kerajaan negeri pula masuk bisnes, dengan meminjam RM520 Juta !! Untuk membuat animation movie studio!! Nauzubillah.  Apakah filem blockbuster yang telah terhasil daripada duit RM520 Juta itu? Ada tak? Ataupun filem bukan blockbuster? Yang boleh memulangkan duit RM520 Juta campur lagi RM200 juta yang dipinjam itu? Jumlah besar RM720 Juta itu dipinjam atas nama rakyat Negeri Perak !! Maka RM720 Juta itu menjadi beban tanggungan rakyat Negeri Perak.
Dan sekarang apabila Perak Corp sudah dekat nak bankrap, penyelesaian yang dicadangkan ialah  :  “I urge the prime minster to intervene as we need support from the federal".
Banyak cantik. Duit rakyat RM720 Juta sudah hangus. Sekarang mereka cadangkan Kerajaan Pusat  mencurahkan lagi duit rakyat untuk "bail out" RM720 Juta yang terhangus itu.   
Soalannya kalau lah Kerajaan Pusat curahkan lagi duit rakyat RM720 Juta apakah animation studio itu boleh  menghasilkan filem blockbuster yang boleh menjana pendapatan RM720 juta? Saya rasa the wolves of Wall Street pun akan menggaru kepala. 
Untuk mengulangi contoh yang pernah saya gunakan dulu, katakanlah seorang Pegawai Kerajaan Gred 44 dibayar gaji RM5000 sebulan. Pegawai itu akan bayar cukai pendapatan sekitar RM5,000 setahun. Untuk cover RM720 Juta itu, pihak LHDN perlu  kutip cukai daripada RM720 Juta / RM5000 = 144,000 Pegawai Kerajaan Gred 44.  Untuk tutup lobang besar RM720 Juta di Perak.
Tetapi soalan besarnya - apakah manfaatnya yang Tuan-Tuan rakyat negeri Perak telah dapat daripada pelaburan RM720 Juta itu? Rakyat Perak maksudnya rakyat marhaen yang duduk di Sungai Rapat, di Manjoi, di Gerik, di Batu Kurau dsbnya. What did you benefit?
Saya yakin orang besar, orang kaya, orang yang ada kabel, orang yang ada kuasa memang sudah "eat from this garden".    Mesti ada orang yang sudah beli kereta Mecedi, kereta Audi, kereta Ferrari dsbnya daripada duit besar itu.
Tuan-tuan pula rakyat marhaen (termasuk Pegawai Kerajaan Gred 44) dapat apa pula? Berapa ramaikah anak negeri Perak yang telah mendapat pekerjaan atau menjayakan kerjaya mereka akibat daripada duit RM720 Juta itu?
Tetapi yang hakikatnya GDP per capita negeri Perak (RM2,500 sebulan) masih lebih rendah daripada GDP per capita negeri Pahang, Terenggan, Negeri Sembilan, Melaka dll. 
Ok moving forward. Patutkah atau bolehkah tuan-tuan di negeri Perak relax dan rasa "jangan risau"? I think you better read this first.  



"Perak State Development Corporation (PKNP), through its wholly-owned subsidiary, Perak 4.0 Industry Sdn Bhd (Perak 4.0), . . . to develop the National Rocket and Aerospace Innovation Centre."
Filem blockbuster tak jadi tak apa. RM720 Juta sudah hangus tak apa. Kerajaan Negeri masih angan-angan dan angau-angau nak lancar roket pula !  Ikut berita jumlah duitnya tak banyak. RM40 Juta sahaja. 
Ini pun berita lama, saya tak tahu apa yang sudah jadi dengan projek roket ini. Lagi hebat daripada projek 'flying car'. 
Tuan-tuan kita tidak boleh membazirkan duit rakyat untuk membuat projek atau memulakan bisnes yang pelik-pelik yang kita tidak faham pucuk pangkalnya.
Cara yang paling mudah untuk membangunkan ekonomi  (dan jauh lebih dijamin boleh successful) ialah biar saja orang menggunakan duit mereka sendiri dulu.  Biar syarikat yang berminat melaburkan duit bapak mereka dulu. Jangan melibatkan duit rakyat. Apabila dia main dengan duit bapak dia sendiri kemungkinan besar dia akan gunakan duit bapak dia dengan lebih cermat dan baik. Rasuah pun akan sangat kurang. Takkan dia nak rasuah dengan duit bapak dia? Pendek kata - bisnes dan projek itu boleh successful. Bila bisnes orang successful anak kita boleh dapat kerja, anak kita boleh jadi engineer, anak kita boleh jadi supplier, kontraktor dan banyak lagi. 
Tanggungjawab kerajaan ialah untuk sediakan peluang ekonomi. Itu saja. Tanggungjawab kerajaan ialah untuk membina infrastruktur atau pra-sarana. Sekolah yang elok, jalan yang elok, hospital yang moden, universiti tempat mengajar anak-anak cerdik jadi pandai. Semoga cerdik campur pandai akan jadi bijaksana. Itulah tugas kerajaan yang nombor satu.
Ok tuan-tuan, what can you do? Apakah tuan-tuan boleh lakukan untuk menyelamatkan keadaan?
Simple sangat. Tuan-tuan jangan bagi undi secara buta. Jangan undi parti yang sama, jangan undi orang yang sama, daripada zaman Saloma hingga ke kiamat. Stop doing that. 
Kalau filem kartun blockbuster tak jadi undi orang lain. Kalau depa nak buat roket (tolonglah) undi orang lain. (Nanti roket meletup atas reban ayam baru tau. Sebulan ayam tak bertelur.)
The only way to determine our future adalah dengan menggunakan kuasa undi kita.  Kalau tempoh perdana menteri dihadkan dua penggal saja negara kita boleh lebih selamat. Tetapi mereka tidak akan hadkan tempoh perdana menteri. Jadi kita kena penggal sendiri lah.  Tak kiralah dia boyot tak boyot, alim tak alim, kucing tak kucing jangan undi depa secara buta, tanpa putus.
Mungkin dalam keadaan sejarah negara kita hari ini (yang mana masa depan agak gelap) lebih baik jika kita tukar kerajaan SETIAP PENGGAL.  Datang saja pilihanraya undilah parti lain. Saja kita seronok-seronok. Biar depa ahli politik panas bontot sikit. Biar mereka tension sikit. So that they dont take you for granted.

The views expressed are those of the author and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.