`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 4, 2020

Sarawak tambah baik syarat program S-MM2H, kata menteri negeri

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dengan penambahbaikan syarat serta peraturan baru yang diperkenalkan program S-MM2H terbuka kepada semua rakyat dari negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.
KUCHING: Sarawak melakukan beberapa penambahbaikan terhadap syarat program Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) yang berkuat kuasa 1 September lepas, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata, penambahbaikan itu yang bertujuan menjaga kepentingan Sarawak serta keselamatan rakyatnya, antara lain melibatkan kelonggaran had usia peserta, tanggungan mereka dan penggunaan ejen.
“Menerusi penambahbaikan syarat serta peraturan baru ini, program S-MM2H terbuka kepada semua rakyat dari negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Berhubung had umur beliau berkata, kategori baru usia 40-50 tahun layak untuk memohon bagi pelaburan hartanah, iaitu kediaman dengan nilai keseluruhan sekurang-kurangnya RM600,000.
Selain itu katanya, bagi permohonan baru, mereka perlu menyertakan surat kelakuan baik daripada pihak berkuasa negara asal dan pas S-MM2H akan ditarik balik sekiranya peserta didapati terlibat dalam kegiatan jenayah.
Abdul Karim berkata, bon jaminan juga akan dikenakan ke atas peserta yang akan digunakan untuk membiayai kos penghantaran pulang mereka sekiranya berlaku pelanggaran Ordinan Imigresen Sarawak atau lain-lain.
Selain itu, jumlah deposit tetap peserta juga dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM150,000 bagi individu dan daripada RM150,000 kepada RM300,000 untuk pasangan, katanya.
“Nilai minimum pembelian rumah kediaman juga dinaikkan daripada RM350,000 kepada RM600,000 bagi bahagian Kuching dan daripada RM300,000 kepada RM500,000 untuk bahagian lain di Sarawak,” katanya.
Di samping itu, semua pemegang pas S-MM2H juga perlu tinggal di negeri itu sekurang-kurangnya 15 hari dalam setahun bagi melayakkan mereka memperbaharui pas selepas 5 tahun, selain ibu bapa peserta dan anak-anak yang berusia bawah 21 tahun serta belum berkahwin boleh menyertai mereka, katanya.
Beliau juga berkata, ejen yang berdaftar dengan kementerian itu kini dibenarkan menghantar permohonan bagi pihak pemohon. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.