`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, September 19, 2020

Video Veveonah Mosibin Timbulkan Persoalan Besar

 Yang berikut adalah liputan dalam YouTube mengenai video Veveonah Mosibin anak dara dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah yang sekarang telah menjadi viral di seluruh dunia. First sila lihat videonya :

  


Beribuan tahniah diucapkan kepada Veveonah Mosibin yang telah mengatasi cabaran hidup di kawasan pedalaman Sabah dan berjaya memasuki Universiti. Semoga kegigihan dan kejayaan Veveonah akan motivasikan ribuan lagi anak Sabah untuk terus maju ke hadapan.

Sekarang dalam video berikut pula sila bandingkan percubaan dua Menteri ini untuk berbahasa Inggeris. Dan kedua mereka ini  claim bahawa mereka berkelulusan PhD, ABC, XYZ dsbnya.


Jadi video Veveonah menimbulkan satu persoalan yang  menarik.  Bagaimanakah Veveonah yang duduk di kawasan pedalaman di Sabah dan sanggup panjat pokok untuk mengambil peperiksaan, boleh bercakap bahasa Inggeris dengan begitu fasih dan confident? Dalam video di atas saya mendapati grammar dan tense (past tense, present tense) yang digunakan Veveonah tepat dan tidak ada kesilapan.  "Diction" atau penggunaan perkataan Inggeris oleh Veveonah menyampaikan mesejnya dengan tepat. Maksudnya she is eloquent. 

Veveonah baru masuk semester pertama di universiti. Semoga dalam empat (?) tahun pengajian nanti Veveonah akan  improve lagi  fahaman dan penguasaan bahasa Inggeris.   All the best to you Veveonah Mosibin.

Berbanding dengan Veveonah pula,  teruk sekali cubaan Wak untuk berbahasa omputih di pentas dunia. Memalukan negara. Kenapa tidak bercakap bahasa sendiri (ia itu . . . ??)   

Mungkin kedua Menteri itu perlu memohon kursus memanjat pokok di universiti terdekat.  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.