`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 19, 2021

Ambil kesempatan rentas daerah ketika hujan

 

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Jahid Jahim (dua dari kiri) menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan makanan dan PPE kepada Hazani di IPK Sabah pagi tadi.

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali berkata, walaupun rentas daerah tidak dibenarkan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), masih ada segelintir pengguna jalan raya yang degil berbuat demikian.

Katanya, mereka mengambil kesempatan ketika musim hujan kerana mungkin beranggapan tiada sekatan jalan raya (SJR) dibuat.

“Sebagai contoh di Tawau, semalam, kira-kira 100 kenderaan dihalang dan diarah berpatah balik selepas cuba keluar dari daerah berkenaan.

“Mungkin sebab hujan, ada yang menganggap SJR tidak dapat dilaksanakan tetapi kita teruskan dan tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan makanan serta peralatan perlindungan diri (PPE) kepada polis Sabah oleh syarikat swasta di ibu pejabat polis kontinjen (IPK).

Hazani berkata, walaupun beberapa daerah di negeri itu dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu, operasi bagi memastikan PKP dipatuhi tidak terjejas.

Katanya, semua operasi masih berjalan lancar dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati melanggar PKP serta SOP.

“Jadi gesaan saya patuhi SOP, dan jangan keluar dari rumah jika tiada keperluan yang mendesak.

“Setakat hari ini, pematuhan SOP di Sabah adalah 93% dan kita akan tingkatkan lagi dan minta penduduk Sabah patuhi SOP,” katanya.

Terdahulu, sumbangan oleh syarikat swasta berkenaan disampaikan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Jahid Jahim dalam majlis ringkas di IPK. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.