`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 19, 2021

Periksa CCTV semua balai polis, kata Ahli Parlimen DAP

 

Kasthuri Patto menekankan penting bagi sistem pengawasan di semua balai polis diperiksa. (Gambar Pixabay)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP Kasthuri Patto meminta audit dilakukan terhadap fungsi kamera litar tertutup (CCTV) di balai polis seluruh negara berikutan laporan seorang gadis berusia 16 tahun dirogol dalam lokap di Miri, Sarawak.

Beliau meminta supaya hasil audit itu didedahkan kepada kerajaan dan orang ramai dalam masa seminggu.

Dalam kenyataan, Ahli Parlimen Batu Kawan itu berkata, sekalipun menyambut baik jaminan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador yang mereka bertanggungjawab akan didakwa di mahkamah, penting bagi sistem pengawasan di semua balai polis diperiksa.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Aidi Ismail berkata, CCTV di balai polis pusat Miri, di mana kejadian itu didakwa berlaku, tidak mempunyai fungsi rakaman dan hanya boleh dipantau secara langsung oleh pegawai yang bertugas.

Kasthuri berkata, pengakuan itu adalah “pendedahan tentang keadaan balai-balai polis kita”.

Beliau turut mempersoalkan mengapa, meskipun RM16 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri dalam bajet persekutuan 2021, polis hanya diperuntukkan RM8 juta, “tanpa menyebut peralatan seperti kamera atau CCTV”.

Katanya, bawah pentadbiran Pakatan Harapan RM73 juta diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Liew Vui Keong untuk melengkapkan lokap polis di seluruh negara dengan CCTV bagi tujuan akauntabiliti dan integriti.

“Apa status dana diperuntukkan dan adakah ia digunakan untuk membeli atau menaiktaraf CCTV untuk balai polis di negara ini?” soal Kasthuri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.