`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 13, 2021

Buku teks sekolah kini dalam versi digital

 

KPM eTextbook Reader membantu murid memuat turun buku teks digital melalui penyediaan piawaian fail EPUB iaitu format fail standard terbuka untuk buku digital yang lebih ringan dan serasi dengan peranti mudah alih. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Agensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi “KPM eTextbook Reader” bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital.

Menerusi kenyataan KPM memaklumkan aplikasi itu sekali gus memberi akses buku teks sekolah secara digital kepada murid yang akan memulakan sesi persekolahan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 26 Jan.

KPM eTextbook Reader membantu murid memuat turun buku teks digital melalui penyediaan piawaian fail EPUB iaitu format fail standard terbuka untuk buku digital yang lebih ringan dan serasi dengan peranti mudah alih.

“Aplikasi boleh didapati secara percuma melalui laman sesawang www.textbook.moe.gov.my atau boleh terus dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store dengan carian KPM eTextbook Reader,” menurut KPM.

Mengulas lanjut, KPM menyatakan aplikasi itu membolehkan murid mengakses buku teks digital menggunakan telefon pintar dan tablet pada bila-bila masa dan di luar sekolah dan kediaman untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Katanya, capaian internet tidak diperlukan selepas aplikasi dimuat turun dan aplikasi KPM eTextBook Reader juga boleh menjadi penyelesai masalah beg sekolah berat dan mengurangkan kos mencetak buku teks. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.