`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 26, 2021

Hutang tak dibayar, samseng ‘bengang’ serang kedai kopi di Sarikei

 

Tangkap layar daripada klip video tular menunjukkan dua lelaki menyerang sebuah kedai kopi di Sarikei.

KUCHING: Akibat marah kerana hutang tidak dibayar, dua lelaki merosakkan harta benda di sebuah kedai kopi di Jalan Pinang Laka di Sarikei.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Aidi Ismail berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 8.47 pagi semalam.

Klip video tular menunjukkan dua lelaki menyerbu sebuah kedai kopi dan merosakkan barangan dalam premis itu menggunakan kayu.

Aidi berkata, tiga suspek berusia 50-an ditahan pada hari sama setelah laporan polis dibuat.

“Siasatan awal menunjukkan kejadian berlaku akibat masalah hutang,” katanya ketika dihubungi FMT.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kerosakan harta benda. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.