`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 26, 2021

Malaysia bakal peroleh vaksin Covid-19 Rusia

 

(Gambar AP)

PETALING JAYA: Dana Pelaburan Langsung Russia hari ini menandatangani perjanjian untuk membekalkan vaksin Sputnik V Covid-19 kepada Malaysia.

Menurut jurucakap Kedutaan Rusia di Malaysia, dana itu menandatangani perjanjian dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diberikan. Ia adalah perjanjian vaksin ketiga yang dimeterai Malaysia.

Vaksin Sputnik V sebelum ini diluluskan di beberapa negara, termasuk Argentina, Belarus dan Serbia.

Vaksin berkenaan dihasilkan Gamaleya Research Institute, di bawah Kementerian Kesihatan Rusia.

Bulan lalu, Gamaleya mengumumkan vaksin Sputnik V mempunyai tahap keberkesanan mencecah 91.4%.

Sementara itu, Reuters melaporkan firma farmaseutikal Duopharma akan membekalkan 6.4 juta dos vaksin Sputnik V keluaran Gamaleya untuk digunakan di Malaysia.

Pada 24 Nov lalu, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memeterai perjanjian dengan Pfizer untuk mendapatkan 12.8 juta dos vaksin Covid-19.

Pada 11 Jan, Putrajaya bersetuju mendapatkan tambahan 12.2 juta dos vaksin sama yang dihasilkan Pfizer-BioNTecDana Pelaburan Langsung Rusia menandatangani perjanjian untuk membekalkan vaksin Sputnik V Covid-19 kepada Malaysia.h.

Pharmaniaga Bhd turut menandatangani perjanjian dengan Sinovac China awal bulan ini untuk membeli vaksin keluaran syarikat itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.