`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 28, 2021

Majlis Daerah Cameron Highlands ‘tangguh’ kempen RM40 tangkap anjing terbiar

 

Majlis Daerah Cameron Highlands mempelawa sesiapa sahaja ‘yang ingin menjana wang semasa PKP’ untuk menyertai kempen menangkap anjing liar dan menyerahkannya kepada PBT itu untuk ganjaran RM40 seekor anjing. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pihak berkuasa tempatan di Cameron Highlands menangguhkan kempen penangkapan anjing terbiar dengan menawarkan bayaran RM40 bagi setiap ekor, susulan bantahan pencinta haiwan di Facebook.

Bagaimanapun, seorang perwakilan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) berkata, kempen itu ditunda kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Semalam, kumpulan penyelamat haiwan berkongsi kenyataan di Facebook MDCH mempelawa sesiapa sahaja “yang ingin menjana wang semasa PKP” untuk menyertai kempen itu.

Menurut kenyataan itu, MDCH akan membayar RM40 untuk setiap anjing terbiar yang ditangkap dan diserahkan kepada PBT itu.

Bagaimanapun, kenyataan di Facebook itu kemudiannya dipadamkan.

Sebaliknya, MDCH mengumumkan pembatalan kempen itu dan mengingatkan pemilik anjing untuk mendapatkan lesen bagi haiwan peliharaan mereka.

MDCH juga menggesa mereka memastikan anjing peliharaan tidak bebas berkeliaran di kawasan awam.

Kumpulan aktivis bergelar “Peguam Untuk Hak Haiwan” mengecam kempen MDCH itu, khususnya langkah menawarkan ganjaran wang untuk menangkap anjing terbiar.

“Adakah MDCH akan membayar RM40 untuk setiap anjing terbiar yang dibunuh dan dibawa ke depan pintu pejabatnya?

“Siapa yang akan memantau tangkapan dan memastikan anjing terbiar yang disasarkan tidak dianiaya?” soal kumpulan aktivis itu.

Peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh berkata, kempen seperti itu dianggap tidak sah di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana berpotensi membahayakan haiwan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.