`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 12, 2021

MCMC gantung akaun Twitter selepas digodam

 

Akaun rasmi Twitter MCMC mempunyai lebih 70,000 pengikut sebelum digantung hari ini.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berkata, akaun Twitter rasminya digantung buat sementara selepas digodam pihak tidak bertanggungjawab.

“Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan hantaran mesej mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang dimuat naik melalui akaun berkenaan, yang bukan dikeluarkan pihak MCMC,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik ke laman web rasminya.

Akaun Facebook MCMC masih aktif.

Hashtag #MCMC kini menjadi carian popular di Twitter dengan lebih 21,000 tweet.

MCMC mempunyai lebih 70,000 pengikut di Twitter sebelum akaunnya digantung.

Dalam catatan terakhirnya, ia mengingatkan pengguna media sosial sentiasa menjaga kesopanan dan kesusilaan ketika memberi pandangan serta membuat sebarang ulasan.

Katanya, MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih dan kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R, iaitu raja (royalty), agama (religion) dan kaum (race), susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan serta darurat.

MCMC berkata, perkongsian sebarang kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam ialah kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.