`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 12, 2021

Sebagai perdana menteri waras, bertanggungjawab, Muhyiddin patut letak jawatan, kata Anwar

 

Anwar Ibrahim berkata, pengisytiharan darurat menyebabkan hasrat pembangkang membentuk kerajaan baru tertutup adalah tafsiran salah.

PETALING JAYA:  Anwar Ibrahim berkata, sebagai perdana menteri yang waras dan bertanggungjawab, Muhyiddin Yassin sepatutnya meletak jawatan, bukannya mengusulkan pelaksanaan darurat.

Katanya, letak jawatan ialah langkah paling tepat yang perlu dilakukan Muhyididn selepas menyedari sokongan untuk beliau di Dewan Rakyat semaking rapuh.

Presiden PKR itu berkata, ia akan membolehkan Yang di-Pertuan Agong memilih Ahli Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri baru.

Anwar menyelar Muhyiddin kerana menggunakan wabak Covid-19 sebagai helah untuk mengusulkan perisytiharan darurat bagi mengekalkan kuasa.

“Bila Muhyiddin memilih untuk mempertahankan kuasa setelah mengetahui ia terhakis dengan kehilangan dukungan Ahli Parlimen, maka dia memilih untuk mengemukakan usul darurat, padahal pengendalian Covid-19 mampu dilakukan oleh perintah kawalan pergerakan, PKP bersyarat melalui langkah tambahan dan mengambil kira pandangan pakar perubatan serta keselamatan.

“Tetapi, Muhyiddin memilih jalan pendek, terdesak dan tidak bertanggungjawab untuk mengusulkan pengisytiharan darurat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, menarik balik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

Beliau ialah Ahli Parlimen Umno ketiga berbuat demikian, selepas Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub, dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, mengumumkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan PN.

Ditanya sama ada pengisytiharan darurat menyebabkan hasrat pembangkang membentuk kerajaan baru tertutup, Anwar berkata, ia adalah tafsiran salah.

“Yang tidak ada itu jalur Parlimen. Itu memang tersangkut kerana Muhyiddin takut berdepan kenyataan hilang kuasa dukungan di kalangan Ahli Parlimen, maka (kerajaan) jatuh.

“Jadi, tidak ada peruntukan yang menghalang kita mendapat dukungan dan mempersembahkan kepada Agong.”

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan untuk darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos ini atau tarikh lebih awal, jika jumlah kes harian Covid-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.