`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 12, 2021

‘Menteri masih dalam Kabinet’, Mahdzir kata Umno masih sokong kerajaan

 

Mahdzir Khalid. 

KUALA LUMPUR: Umno masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada ketika ini sebab masih ada menteri dalam Jemaah Menteri, selepas tiga Ahli Parlimen parti itu menarik balik sokongan kepada pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Naib Presiden Mahdzir Khalid ketika ditanya pemberita selepas mesyuarat biro politik petang tadi menjawab: “Ya, kita masih (sokong) sebab menteri Umno masih ada dalam itu (Jemaah Menteri)”.

Di ambang darurat yang akan berlarutan sehingga 1 Ogos, Umno hari ini mendesak kerajaan selesaikan isu sekitar pengeluaran wang caruman KWSP dan lanjutan moratorium ke atas pembayaran pinjaman bank.

Presiden Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kerajaan ia masih perlu selesaikan dua tuntusan Barisan Nasional itu, yang menurut beberapa pemimpinnya masih belum sempurna.

Ditanya mengenai ura-ura ada lagi Ahli Parlimen Umno akan menarik balik sokongan mereka, Mahdzir menjawab beliau tidak pasti, namun berkata ia “atas ahli-ahli Parlimen”. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.