`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 17, 2021

Pegawai daerah diarah aktifkan pusat kawalan operasi hadapi banjir

 

Hajiji Noor (dua dari kiri) melawat mangsa banjir di sebuah PPS hari ini. (Gambar Jabatan Kebajikan Masyarakat)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mengarahkan pegawai daerah di kawasan yang sering dilanda banjir mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sebagai persiapan membantu rakyat.

“Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah menyalurkan bantuan berbentuk makanan bermasak kepada semua mangsa yang dipindahkan ke PPS (Pusat pemindahan sementara) dan bakul makanan bernilai RM200 bagi setiap ketua isi rumah (KIR).

“Nadma juga akan mengagihkan wang ihsan RM500 kepada setiap KIR dan perkara ini akan diselaraskan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta pejabat daerah terbabit,” katanya selepas meninjau keadaan banjir di Tuaran, Kota Kinabalu dan Penampang.

Angkatan Pertahanan Awam memindahkan mangsa yang terperangkap dalam banjir.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya berkata, pihaknya akan memastikan semua mangsa banjir mendapat bantuan makanan mencukupi.

Setakat ini, beliau berpuas hati dengan persiapan dilakukan pengerusi PKOB di daerah terjejas.

“Kita menyeru dan mengingatkan rakyat dalam kita menghadapi ujian banjir kali ini, jangan lupa dengan tanggungjawab menjaga penularan Covid-19.

“Segala SOP yang ditetapkan kerajaan perlulah dipatuhi, walaupun berada di PPS.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.